May 15, 2009

Tinjauan Pasaran: Pelabur nikmati keuntungan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam, sambil meneruskan aliran menurun apabila pelabur terus mengeluarkan keuntungan di tengah-tengah prestasi semalaman di Wall Street yang lebih lembap.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 10.85 mata kepada 1,011.99 selepas dibuka turun 4.54 mata kepada 1,018.30, dengan didahului saham berwajaran tinggi. Peniaga itu berkata, aliran menurun di Wall Street disumbang laporan jualan runcit AS yang muram, dilembapkan lagi oleh saham Asia yang memberikan kesan kesangsian terhadap pemilihan segera.

KLCI, yang menunjukkan aliran menurun sejak Isnin, bergerak antara paras 1,019.10 dan 1,012.00 sepanjang hari ini, dengan kerugian kebanyakannya dipacu saham berkaitan kewangan. "Kaunter kewangan kurang diminati apabila kebanyakan pelabur kekal di luar pasaran, sambil menunggu laporan keputusan kewangan syarikat," kata salah seorang peniaga.

Penganalisis Teknikal SJ Security, Phua Kwee Hock, berkata pasaran menyaksikan harga saham bertahan pada satu tahap selepas berlaku kenaikan baru-baru ini.

"Bagaimanapun, kenaikannya terhenti kerana ketiadaan perkembangan yang menggalakkan dalam pasaran tempatan untuk membantu merangsang perdagangan," katanya. Ketika ditutup, Indeks Kewangan turun 73.40 mata kepada 7,995.21, Indeks Perladangan turun 57.14 mata kepada 5,080.26 dan Indeks Perusahaan merosot 8.41 mata kepada 2,242.96.

Di kalangan siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas turun 79.36 mata kepada 6,757.92, FBM30 merosot 54.00 mata kepada 6,453.02, FBM-MDQ turun 85.96 mata kepada 4,085.37 dan FBM2BRD rugi 78.04 mata kepada 4,655.21.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 558 kepada 141, manakala 201 kaunter tidak berubah, 363 kaunter tidak diniagakan dan 55 kaunter yang lain digantung.

Jumlah urus niaga turun kepada 2.692 bilion saham bernilai RM1.894 bilion daripada 3.169 bilion saham bernilai RM2.075 bilion kelmarin. Mendahului senarai kaunter aktif ialah Scomi yang rugi 3.5 sen kepada 72.5 sen, Iris meningkat 1.5 sen kepada 21 sen, KNM turun 3.0 sen kepada 81.5 sen dan SAAG turun 2.5 sen kepada 36.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM6.55 dan Maybank meningkat dua sen kepada RM4.98, manakala Bumiputra-Commerce merosot 10 sen kepada RM8.85 dan Tenaga Nasional tiak berubah pada harga RM7.25. Jumlah urus niaga di Papan Utama merosot kepada 2.058 bilion saham bernilai RM1.749 bilion daripada 2.749 bilion saham bernilai RM1.948 bilion kelmarin.

Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 224.720 juta unit bernilai RM76.474 juta berbanding 280.961 juta unit bernilai RM101.139 juta sebelum ini. Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak 369.693 juta saham bernilai RM61.822 juta berbanding 103.389 juta saham bernilai RM19.650 juta.

Waran turun kepada 20.793 juta unit bernilai RM3.637 juta daripada 20.811 juta unit bernilai RM3.742 juta kelmarin. Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 59.847 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 477.084 juta, pembinaan 87.884 juta, dagang/perkhidmatan 673.004 juta, teknologi 77.312 juta, infrastruktur 26.673 juta, kewangan 143.548 juta, hotel 8.203 juta, hartanah 468.710 juta, perladangan 34.512 juta, perlombongan 57,000, REIT 1.822 juta, dan tertutup/dana 147,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers