May 14, 2009

Saham perbankan terus merosot

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam berikutan minat yang berkurangan dalam saham wajaran berat, kata peniaga. Bagaimanapun, mereka berkata penurunan terhad berikutan minat susulan dalam kaunter Papan Kedua dan saham berharga rendah. Indeks Komposit Kuala Lumpur turun 0.18 mata, atau 0.018 peratus untuk ditutup kepada 1,022.84. Ia dibuka 3.14 mata lebih tinggi kepada 1,026.16 pada sesi pagi.

Seorang penganalisis berkata, kaunter perbankan paling banyak mencatatkan penurunan kerana kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menunggu pengumuman keputusan kewangan syarikat utama. “Kita akan melihat lebih banyak pelabur melepaskan pegangan mereka daripada minggu ketiga bulan ini,” kata penganalisis kanan MIMB Investment, Rosnani Rasul. Indeks Kewangan turun 43.76 mata kepada 8,068.61.

Bagaimanapun, Indeks Perusahaan naik 3.42 mata kepada 2,251.37 manakala Indeks Perladangan menokok 61.33 mata kepada 5,137.40. FBMEmas meningkat 4.91 mata kepada 6,837.28, FBM2BRD naik 129.07 mata kepada 4,733.25 manakala FBM-MDQ menambah 26.49 mata kepada 4,171.33.

Bagaimanapun, FBM30 berkurangan 13.48 mata kepada 6,507.02. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 467 berbanding 241 manakala 220 kaunter tidak berubah, 335 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.169 bilion saham bernilai RM2.075 bilion daripada 2.204 bilion saham bernilai RM1.656 bilion kelmarin. Di kalangan saham cergas, Compugates dan Talam turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada 12.5 sen dan 13 sen, KNM naik lima sen kepada 84.5 dan Scomi meningkat 14 sen kepada 76 sen.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby turun lima sen kepada RM6.50, Maybank susut 14 sen kepada RM4.96, Tenaga jatuh 10 sen kepada RM7.25, manakala IOI Corp naik dua sen kepada RM4.46. Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 2.749 bilion saham bernilai RM1.948 bilion daripada 1.830 bilion saham bernilai RM1.548 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua naik kepada 280.961 juta saham bernilai RM101.139 juta daripada 207.780 juta saham bernilai RM80.650 juta pada Selasa. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 103.389 juta saham bernilai RM19.650 juta daripada 134.540 juta saham bernilai RM21.699 juta sebelumnya.

Waran susut kepada 20.811 juta unit bernilai RM3.742 juta daripada 25.372 juta unit bernilai RM4.819 juta kelmarin. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 99.934 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 601.652 juta, pembinaan 154.993 juta, perdagangan/perkhidmatan 1.083 bilion, teknologi 71.230 juta, prasarana 66.463 juta, kewangan 133.181 juta, hotel 33.799 juta, harta 465.016 juta, perladangan 36.219 juta, perlombongan 120,600, Reits 3.083 juta, dan dana tertutup 159,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers