May 15, 2009

BCHB untung RM613.9 juta

KUMPULAN perbankan kedua terbesar Malaysia, Bumiputra-Commerce Holdings Bhd (BCHB) meraih keuntungan RM613.9 juta dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 14.8 peratus berbanding RM535.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia diraih daripada pendapatan RM2.51 bilion, meningkat 24.6 peratus daripada RM2.02 bilion. Keuntungan sebelum cukainya dalam tempoh itu naik 12 peratus kepada RM838.9 juta daripada RM748.8 juta . Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nazir Razak, berkata prestasi cemerlang yang dicapai kumpulan itu pada suku pertama itu adalah di luar jangkaan dan melebihi sasaran.

“Kami memulakan aktiviti tahun ini dengan baik, mengatasi sasaran ditetapkan susulan peningkatan kukuh pendapatan, kekukuhan margin keuntungan dan kedudukan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang rendah.

“Sejajar peningkatan 14.8 peratus keuntungan bersih itu, kumpulan mencatat pulangan ke atas ekuiti (ROE) 14.2 peratus, melebihi sasaran bagi tahun ini iaitu kira-kira 12.5 peratus. “Jika dibanding dengan suku keempat tahun lalu, keuntungan bersih kumpulan dalam tempoh dikaji melonjak 92.5 peratus,” katanya menerusi kenyataan mengumumkan keputusan kewangan itu semalam.

Nazir menjelaskan, BCHB meraih keuntungan RM26 juta daripada caj berkaitan aktiviti pengambilalihan dan penggabungan dalam tempoh itu. Pada suku pertama tahun ini, BCHB memulakan aktiviti penggabungan BankThai yang kini dikenali sebagai CIMB Thai dengan pegangan ekuiti 93.15 peratus.

Beliau berkata, dalam tempoh kajian, keuntungan sebelum cukai segmen perbankan pengguna Malaysia kumpulan itu meningkat 119 peratus kepada RM116 juta daripada RM53 juta pada suku pertama tahun lalu susulan peningkatan semula CIMB Bank dan CIMB Islamic. Segmen perbankan perbendaharaan dan pelaburan kumpulan itu pula mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai 21.5 peratus kepada RM407 juta berikutan peningkatan urus niaga pelaburan.

Jumlah pinjaman kasar kumpulan meningkat 33.4 peratus pada suku pertama 2009 susulan penggabungan Lippo Bank dan CIMB Thai. Pinjaman pengguna dan korporat Malaysia pula masing-masing meningkat 11.4 peratus dan 37 peratus, katanya. Nazir berkata, pinjaman menerusi gadai janji, kad kredit, pinjaman mikro pula meningkat masing-masing pada kadar 24.2 peratus, 9.9 peratus dan 96.3 peratus.

Pada masa sama, jumlah deposit mencatat peningkatan 27.2 peratus dengan peningkatan jumlah deposit runcit kumpulan itu Malaysia sebanyak 17.9 peratus berbanding suku pertama tahun lalu. “Nisbah NPL bersih kumpulan kekal dalam arah aliran menurun iaitu pada 2.6 peratus pada suku pertama lalu, lebih rendah berbanding 3.7 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

“Nisbah modal wajaran risiko (RWCR) pula kekal tinggi pada 13.3 peratus dan modal Tier-1 pada kadar 10.9 peratus selepas melaksanakan langkah permodalan semula CIMB Thai,” katanya. Mengenai prospek kumpulan itu bagi tempoh seterusnya, Nazir berkata, kedudukan kewangan kumpulan dan peningkatan perbankan pengguna di Malaysia dan Indonesia ketika ini kekal mantap. Katanya, kumpulan itu mengekalkan sasaran pencapaian bagi keseluruhan tahun walaupun prestasi suku pertama adalah di luar jangkaan

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers