KUALA LUMPUR 8 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meskipun berlaku beberapa aktiviti pengambilan untung, kata para peniaga.
Wujud sokongan berterusan daripada pelabur runcit, yang muncul baru-baru ini setelah sentimen meningkat hasil daripada tanda-tanda pemulihan ekonomi global, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) meningkat 3.31 mata atau 0.323 peratus untuk ditutup pada 1,026.78. Indeks utama dibuka 1.92 mata lebih rendah pada 1,021.55 pagi. KLCI bergerak antara 1,014.0 dan 1,027.39 hari ini. Pada penutup, Indeks Kewangan meningkat 47.43 mata kepada 8,131.59, Indeks Perladangan susut 24.28 mata kepada 5,038.63 dan Indeks Perusahaan turun 2.59 mata kepada 2,258.76.
Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas menokok 27.37 mata kepada 6,847.64, FBM30 meningkat 2.51 mata kepada 6,552.50, FBM2BRD meningkat 72.87 mata kepada 4,550.63 manakala FBM-MDQ melonjak 242.48 mata kepada 4,207.14. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 595 berbanding 192 manakala 163 kaunter tidak berubah, 285 tidak diniagakan manakala 34 lagi digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.254 bilion saham bernilai RM1.959 bilion berbanding 3.357 bilion saham bernilai RM2.420 bilion semalam.
Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 2.274 bilion saham bernilai RM1.761 bilion berbanding 2.594 bilion saham bernilai RM2.311 bilion semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 286.230 juta saham bernilai RM91.228 juta berbanding 190.369 juta saham bernilai RM34.481 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 650.959 juta saham bernilai RM98.889 juta berbanding 508.448 juta saham bernilai RM63.674 juta semalam.
Warant meningkat kepada 31.811 juta bernilai RM6.311 juta berbanding 54.190 juta bernilai RM8.223 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 61.326 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 352.182 juta, pembinaan 138.375 juta, perdagangan/perkhidmatan 972.160 bilion, teknologi 97.115 juta, infrastruktur 54.660 juta, kewangan 221.515 juta, hotel 38.061 juta, hartanah 310.539 juta, perladangan 26.777 juta, perlombongan 27,100, REIT 1.657 juta dan dana tertutup 189,800. - Bernama
May 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com