KUALA LUMPUR 8 Mei - Regim baru mengumpul dana dan struktur baru pasaran saham, merupakan antara langkah untuk menyusun semula daya saing Malaysia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.
Bercakap pada pelancaran Rangka Kerja Pengumpulan Dana dan Penstrukturan Penyenaraian Baru di sini, Ahmad Husni berkata, Malaysia mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menyediakan kedudukan nilai unik yang membezakannya daripada pasaran lain serantau.
"Kita boleh laksanakannya dengan mempromosikan pasaran modal Malaysia bagi membiayai pertumbuhan sektor korporat dan menarik penyenaraian asing," katanya.
Beliau berkata, kos langsung penyenaraian, termasuk yuran nasihat, secara amnya rendah berbanding standard global.
"Kebanyakan penyenaraian baru diterima baik oleh sebahagian besar pelabur yang mempunyai minat terhadap aset-aset berkualiti," katanya.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia hari ini bersama-sama melancarkan prasarana baru penyenaraian dan mengumpul modal ekuiti menerusi perubahan paling komprehensif dalam pasaran modal negara.
"Kita boleh mengembangkan pasaran modal Malaysia dengan merebut peluang dengan menarik lebihan besar simpanan di kebanyakan negara Asia dan memanfaatkan permintaan besar untuk aset serantau bagi membiayai peluasan korporat dalam negara di peringkat antarabangsa," kata Ahmad Husni.
Beliau berkata, Bursa Malaysia ialah pusat bagi penemuan harga minyak sawit mentah dunia dan rumah bagi kebanyakan syarikat perladangan terbesar dunia.
"Ia mempunyai pasaran menarik untuk transaksi korporat," katanya.
Menurut Ahmad Husni, antara segmen yang paling pantas berkembang dalam pasaran modal Malaysia ialah industri pengurusan pelaburan, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 20 peratus sejak kebelakangan ini.
"Tidak dapat disangkal lagi bahawa Malaysia merupakan pasaran Islam menyeluruh di dunia, menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang mematuhi prinsip Syariah.
"Dalam hubungan ini, Bursa Malaysia merupakan bahagian penting pasaran modal Islam Malaysia dengan 86 peratus daripada syarikat yang disenarai, menyumbang 63 peratus daripada permodalan pasaran yang mematuhi prinsip Syariah," katanya.
May 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com