Oleh WAN NAJIB WAN DAUDnajib.daud@utusan.com.my
Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) bersama Mohamed Dzaiddin Abdullah (dua dari kiri), Zarinah Anwar (dua dari kanan) dan Yusli Mohamed Yusoff menunjukkan logo Papan Tunggal dan Pasaran ACE di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 8 Mei - Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia akan digabungkan menjadi Papan Tunggal manakala pasaran Mesdaq yang sebelum ini dibuka kepada penyertaan firma teknologi menjadi pasaran alternatif terbuka bagi syarikat semua saiz dan daripada semua sektor ekonomi.
Perubahan yang diumumkan itu merupakan sebahagian rangka kerja baharu bagi penyenaraian dan pengumpulan dana ekuiti yang dilancarkan bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti (SE) dan Bursa Malaysia Securities Bhd.
Ia juga mewakili satu daripada perubahan paling menyeluruh kepada pasaran modal tempatan.
Pengerusi SC, Datuk Seri Zarinah Anwar menjelaskan Pasaran Mesdaq akan dipanggil Pasaran ACE iaitu 'Access' (Akses), 'Certainty' (Kepastian) dan 'Efficiency' (Kecekapan).
Perubahan yang diperkenalkan itu akan dilaksanakan pada 3 Ogos.
"Perubahan yang diperkenalkan antara lain bertujuan membolehkan akses yang cekap kepada modal dan pelaburan serta menjadikan Bursa Malaysia satu platform yang lebih menarik bagi syarikat Malaysia dan asing," katanya selepas majlis pelancaran Rangka Kerja Pengumpulan Dana dan Penstrukturan Penyenaraian Baru di sini hari ini.
Papan Tunggal yang menggabungkan Papan Utama dan Kedua itu disasarkan kepada syarikat yang terkemuka.
Hadir pada majlis, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.
Ditanya tentang kedudukan syarikat sedia ada dengan perubahan itu, Zarinah berkata, syarikat-syarikat di Papan Utama dan Kedua akan disatukan manakala syarikat di pasaran Mesdaq akan diserapkan ke pasaran ACE.
Beliau berkata, tiada syarikat yang dinyah senaraikan selagi mereka mematuhi keperluan Bursa Malaysia.
Zarinah juga menambah, pihaknya telah meluluskan penyenaraian sebuah syarikat China di Bursa Malaysia berikutan kelonggaran peraturan penyenaraian syarikat asing.
''Kami sedang menimbang kelulusan sebuah lagi syarikat China untuk disenaraikan,'' kata beliau.
Zarinah berkata, perubahan yang diumumkan hari ini juga menyaksikan penerbitan lima garis panduan melibatkan ekuiti, penasihat perinsipal, prospektus, penilaian aset dan waran berstruktur.
Katanya, hanya Garis Panduan Penstrukturan Waran akan berkuatkuasa serta-merta manakala yang lain pada 3 Ogos ini.
Di bawah rangka kerja baru, Zarinah berkata, peraturan dan proses untuk meraih dana ekuiti diperkemaskan untuk menyediakan kepastian lebih baik, masa urus niaga dipendekkan dan mengurangkan kos-kos peraturan.
Sebagai contoh, kata beliau, semua cadangan korporat berasaskan ekuiti seperti pemilikan selain dari pengambilan alih berbalik dan penyenaraian melalui pintu belakang, penempatan sekuriti, pelupusan, penawaran hak dan terbitan waran tidak lagi memerlukan kelulusan SC.
Selain itu, Bursa Malaysia juga meminda keperluan penyenaraian bagi Papan Tunggal dan juga ACE.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Pasaran lebih cekap• Kita jadi lebih kompetitif - Husni• Sokongan berterusan Bursa ditutup tinggi•
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com