May 16, 2009

Danajamin kini beroperasi

Oleh WAN NAJIB WAN DAUDnajib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei - Hari ini, Danajamin Nasional Bhd. (Danajamin), sebuah syarikat jaminan kewangan telah diumumkan penubuhannya dan mula beroperasi untuk meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat mendapat pembiayaan mereka dalam pasaran bon.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya di sini berkata, penubuhan Danajamin memperlihatkan komitmen kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat yang berdaya maju perniagaan dan juga pelaburan mempunyai akses mendapat pembiayaan yang diperlukan mereka.

Katanya, langkah menubuhkan institusi itu dilakukan berikutan pengumuman yang dibuat semasa Pakej Rangsangan Ekonomi kedua pada 10 Mac lepas.

"Sebagai sebuah syarikat yang diberikan taraf AAA oleh RAM Services Bhd. dan Malaysian Rating Corporation Bhd., Danajamin menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan syarikat menerokai pasaran bon pada kos pembiayaan yang munasabah," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Katanya, Danajamin dimiliki oleh kerajaan dan mempunyai modal berbayar awal sebanyak RM1 bilion. Modal berbayar ini akan ditambah kepada RM2 bilion, bergantung kepada keperluan," katanya.

Najib berkata, dengan mempunyai modal berbayar awal sebanyak RM1 bilion, Danajamin dijangka berupaya taja jamin bon sehingga RM15 bilion.

Danajamin adalah syarikat insurans berlesen yang ditubuhkan mengikut Akta Insurans 1996 dan tertakluk kepada pengawalseliaan Bank Negara Malaysia, sekali gus membolehkannya menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan.

Perdana Menteri berkata, syarikat jaminan kewangan itu akan ditadbir di bawah tadbir urus korporat yang ketat dan mengikut keperluan secara berhemat bagi memastikan operasi komersialnya berterusan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Najib menjelaskan pengurusan Danajamin akan melapor terus kepada sebuah Lembaga Pengarah bebas yang dianggotai oleh para profesional yang berpengalaman luas dalam sektor kewangan.

Beliau berkata, bekas Pengerusi Persatuan Bank-bank Malaysia dan peneraju Affin Bank Bhd Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz yang berpengalaman luas dalam industri perbankan Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.

Najib berkata, Danajamin akan menjadi pelengkap kepada pelbagai pembaharuan dan inisiatif yang disediakan untuk meningkatkan peranan pasaran bon dalam ekonomi negara.

Katanya, institusi yang baru ditubuhkan itu juga dijangka akan meningkatkan kepesatan dan kepelbagaian pasaran bon untuk menyokong keperluan ekonomi.

Hari ini, syarikat-syarikat mendapatkan sumber pembiayaan mereka terutamanya daripada pasaran bon iaitu 58 peratus daripada jumlah keperluan keseluruhan berbanding 21 peratus pada tahun 1998.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers