May 12, 2009

EKONOMI Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 1.28 mata untuk ditutup pada 1,025.50. KLCI dibuka 6.20 mata lebih tinggi pada 1,032.98.

Pasaran yang memulakan dagangan dengan sentimen yang kukuh berdasarkan keadaan ekonomi global, susut berikutan aktiviti pengambilan untung di kaunter saham mewah, terutama kaunter berkaitan kewangan.

Peniaga bagaimanapun berkata, minat yang kukuh terhadap saham bernilai rendah mengehadkan kerugian. Indeks Perladangan menokok 59.28 mata kepada 5,097.91 dan Indeks Perusahaan meningkat 2.90 mata kepada 2,261.66. Indeks Kewangan bagaimanapun susut 30.78 mata kepada 8,100.81.

Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas turun 4.20 mata kepada 6,843.44, FBM30 susut 12.35 mata kepada 6,540.15 dan FBM-MDQ turun 37.16 mata kepada 4,169.98.

FBM2BRD, bagaimanapun menokok 64.00 mata kepada 4,614.63. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 448 berbanding 362 manakala 196 kaunter tidak berubah, 257 tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.849 bilion saham bernilai RM2.352 bilion berbanding 3.254 bilion saham bernilai RM1.959 bilion pada Jumaat. Mendahului senarai paling aktif ialah KNM, yang meningkat empat sen kepada 77 sen, manakala TA-WB dan SAAG masing-masing menokok satu sen kepada lapan sen dan 36.5 sen manakala Ramunia meningkat tujuh sen kepada 65 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM6.55, Bumiputra-Commerce menambah 20 sen kepada RM9.00, manakala Maybank susut 12 sen kepada RM4.98 dan Tenaga turun 10 sen kepada RM7.45.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 3.040 bilion saham bernilai RM2.148 bilion daripada 2.274 bilion saham bernilai RM1.761 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 386.639 jutaunit bernilai RM138.345 juta berbanding 286.230 juta unit bernilai RM91.228 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 343.424 juta saham bernilai RM51.354 juta berbanding 650.959 juta saham bernilai pada RM98.889 juta Jumaat lalu. Waran meningkat kepada 64.556 juta saham bernilai RM11.479 juta berbanding 31.811 juta saham bernilai RM6.311 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 101.728 juta saham yang diurus niaga di Papan Utama, barangan perindustrian 595.619 juta, pembinaan 227.129 juta, perdagangan/perkhidmatan 1.062 bilion, teknologi 69.535 juta, infrastruktur 85.034 juta, kewangan 263.240 juta, hotel 18.397 juta, hartanah 572.606 juta, perladangan 41.582 juta, perlombongan 77,300, REIT 2.905 juta, dan dana tertutup 263,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers