LEBIH 42,000 projek bernilai RM5.6 bilion menerusi dua pakej rangsangan ekonomi diumumkan kerajaan sudah dianugerahkan dan dilaksanakan. Ketua Pegawai Operasi Unit Pengurusan Projek (PMU), Datuk Mohamad Othman Zainal Azim, berkata 39,316 projek bernilai RM3.4 bilion adalah yang dikenal pasti menerusi pakej rangsangan pertama, manakala 2,745 projek lagi bernilai RM2.2 bilion menerusi pakej rangsangan kedua.
“Menjelang akhir bulan ini, semua projek pakej rangsangan pertama akan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Mohamad Othman menjelaskan, projek yang dikenal pasti menerusi dua pakej rangsangan ekonomi itu termasuk yang berkaitan penambahbaikan; pemuliharaan dan penyelenggaraan; kesihatan serta memajukan dan meningkatkan modal insan; memastikan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan daya saing negara.
Projek berkenaan, katanya, sedang dilaksanakan kementerian dan agensi kerajaan yang terbabit. Sebagai langkah menangani kesan krisis ekonomi global, kerajaan mengumumkan dua pakej rangsangan ekonomi. Pakej pertama bernilai RM7 bilion diumumkan 4 November tahun lalu, manakala kedua bernilai RM60 bilion 10 Mac tahun ini.
Pakej rangsangan itu yang mewakili sembilan peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini, dirangka untuk mengukuhkan dan merangsang ekonomi dengan projek berimpak tinggi dan yang dapat menghasilkan manfaat langsung kepada rakyat.
Ia juga dirangka untuk meningkatkan daya tahan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang sukar ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara peribadi memantau semua aspek pelaksanaan pakej rangsangan itu setiap minggu bagi memastikan sasaran ditetapkan dicapai.
Sementara itu, Mohamad Othman berkata, laman web yang diwujudkan khusus bagi kedua-dua pakej rangsangan itu mendapat maklum balas menggalakkan dengan menerima soalan daripada individu dari seluruh negara termasuk dari kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
“Soalan dikemukakan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mereka yang mahukan maklumat mengenai cara memulakan perniagaan, dalam dan luar negara; cara mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan; persoalan mengenai perumahan, pengangkutan termasuk jalan kampung; dan biasiswa,” katanya.
Beliau berkata, semua pertanyaan dan cadangan berkaitan pelbagai kementerian dan agensi itu sudah dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut. “Agensi dan kementerian akan menjawab soalan dikemukakan secara terus kepada individu terbabit," katanya.
Beliau menegaskan, bagi meningkatkan interaksi dengan rakyat, laman web di alamat
www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my itu kini turut menyediakan versi bahasa Inggeris. Laman web itu, katanya, menawarkan maklumat mengenai peruntukan mengikut negeri, kementerian, projek dan teras pakej berkenaan.
Setiap agensi dan kementerian pula, katanya, menyediakan maklumat lebih terperinci peruntukan mengikut bidang masing-masing. Perdana Menteri pada mesej ringkas yang dipaparkan di laman web itu berkata, kerajaan menyediakan laman web itu agar semua rakyat boleh mengetahui dan mengikuti perkembangan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program yang dirumuskan untuk menangani isu ekonomi akibat daripada krisis ekonomi global.
“Langkah digariskan dalam pakej rangsangan itu bukan saja bertujuan merangsang ekonomi dalam jangka pendek, tetapi membina kapasiti ekonomi negara untuk jangka masa panjang. “Ia bagi memastikan Malaysia lebih bersedia untuk dengan segera meraih peluang apabila ekonomi global pulih kelak,” katanya.
May 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com