May 13, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, kata peniaga. Mereka berkata, sokongan yang terhad di kaunter perbankan terpilih seperti Maybank, Hong Leong, PBBank-01 dan AMMB, bagaimanapun membantu mengurangkan kejatuhan.

Maybank meningkat 12 sen kepada RM5.10, Hong Leong Bank naik lima sen kepada RM5.70 dan PBBank-01 pula lebih tinggi 10 sen kepada RM8.60.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur lega 2.48 mata atau 0.24 peratus kepada 1,023.02. Ia dibuka 5.32 mata lebih rendah pada 1,020.18 seiring dengan kelemahan di pasaran Asia.

Mereka berkata, berita yang menyatakan kerajaan akan menyemak semula kadar pertumbuhan negara selepas Bank Negara Malaysia (BNM) membentangkan laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama telah menjejaskan sentimen pasaran.

“Satu lagi faktor ialah kejatuhan 14.4 peratus dalam pengeluaran perindustrian Malaysia untuk bulan Mac yang dikeluarkan kelmarin,” katanya.

Sementara itu, OSK Research berkata, pasaran telah mula bertahan pada satu tahap tetapi tinjauan teknikal dalam tempoh terdekat kekal meyakinkan. Indeks Perindustrian merosot 13.71 mata kepada 2,247.95 dan Indeks Perladangan lega 21.84 mata kepada 5,076.07.

Indeks kewangan bagaimanapun, menokok 11.56 mata kepada 8,112.37. Indeks FBMEmas susut 11.07 mata kepada 6,832.37, FBM30 turun 19.65 mata kepada 6,520.50, FBM2BRD pula 10.45 mata lebih rendah pada 4,604.18 dan FBM-MDQ berkurangan 25.14 mata kepada 4,144.84.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 451 berbalas 253 sementara 198 kaunter tidak berubah, 361 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 2.204 bilion saham bernilai RM1.656 bilion daripada 3.849 bilion saham bernilai RM2.352 bilion pada Isnin lalu.

Di kalangan saham aktif, Lion Corp melonjak 11 sen kepada 55.5 sen, KNM naik 2.5 sen kepada 79.5 sen sementara Talam dan SAAG, masing-masing mengukuh satu sen kepada 13.5 dan 37.5 sen. Saham berwajaran berat pula, Sime Darby dan IOI Corp, kedua-duanya kekal pada RM6.55 dan RM4.44 sementara Tenaga dan Bumiputra-Commerce berkurangan 10 sen, masing-masing kepada RM7.35 dan RM8.90.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 1.830 bilion saham bernilai RM1.548 bilion daripada 3.040 bilion saham bernilai RM2.148 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 207.780 juta unit bernilai RM80.650 juta daripada 386.639 juta unit bernilai RM138.345 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 134.540 juta saham bernilai RM21.699 juta daripada 343.424 juta saham bernilai RM51.354 juta sebelumnya. Waran pula lega kepada 25.372 juta unit bernilai RM4.819 juta daripada 64.556 juta unit bernilai RM11.479 juta kelmarin.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 80.793 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 426.412 juta, pembinaan 95.386 juta, dagangan/perkhidmatan 691.330 bilion, teknologi 30.839 juta, infrastruktur 44.490 juta, kewangan 142.305 juta, perhotelan 6.779 juta, hartanah 289.827 juta, perladangan 20.095 juta, perlombongan 1,000, REITs 2.071 juta dan dana tertutup 177,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers