PASARAN saham tempatan minggu lalu pulih daripada tekanan pengambilan untung pada minggu sebelumnya untuk meneruskan kenaikan ke paras tertinggi baru dalam tempoh tujuh bulan.
Perkembangan itu didorong rali kukuh pasaran luar negara yang didorong pendapatan lebih baik daripada jangkaan dan perangkaan ekonomi di rantau Asia dan Amerika Syarikat (AS), selain ujian tekanan terhadap institusi kewangan AS yang meyakinkan.
Minggu lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 36.04 mata atau 3.6 peratus untuk ditutup pada 1,026.78 mata dan prestasi itu disokong oleh kenaikan saham Maybank, BCHB, Genting, Tenaga dan Axiata, yang menyumbang lebih separuh daripada kenaikan penanda aras utama itu.
Purata jumlah dagangan harian dan nilainya berkembang kepada 2.55 bilion saham bernilai RM1.97 bilion, berbanding purata 1.59 bilion saham dan RM1.36 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan itu juga yang tertinggi sejak Februari 2007, apabila jumlah dagangan harian berada pada paras tertinggi 4.7 bilion saham yang dicatat pada 22 Februari tahun berkenaan.
Setakat ini, keyakinan terhadap pasaran ekuiti semakin bertambah kukuh dan kekukuhan itu mengekalkan KLCI dalam kawasan terlebih belian untuk tempoh tertentu dan keadaan ini dijangka kekal minggu ini.
Keuntungan yang tinggi di pasaran ekuiti tempatan dan luar negara didorong keyakinan bahawa keadaan terburuk sudah berlalu.
KLCI sedang menuju ke paras 1,054 mata atau 1,078 mata sebelum mencatatkan pembetulan dan sebarang pembetulan adalah perlu memandangkan kenaikan terlalu tinggi tidak mencerminkan perkara sebenar terhadap darjah pemulihan ekonomi.
Kenaikan kukuh yang dicatat sebelum ini didorong peruntukan aset daripada pasaran perbendaharaan ke kelas aset lain.
Ia berlaku kerana tindakan bank Pusat seluruh dunia melonggarkan dasar kewangan secara agresif, khususnya di AS, menjadikan langkah memegang aset dengan hasil yang rendah sebagai tidak menarik.
Memperkatakan mengenai pemulihan ekonomi, perangkaan dagangan Mac yang dikeluarkan Jumaat lalu, menunjukkan aliran yang bercanggah dengan momentum penurunan.
Perdagangan antarabangsa Malaysia mencatat prestasi lebih baik daripada jangkaan apabila eksport Mac turun sebanyak 15.6 peratus berbanding 17.3 peratus yang dijangkakan dan lebih baik juga berbanding Februari yang turun 16 peratus.
Memandangkan import Mac menjunam 28.7 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, lebihan dagangan dicatat sebanyak RM12.5 bilion, menjadikan lebihan dagangan untuk tempoh 137 bulan berturut-turut sejak November 1997.
Pengamatan yang penting bagaimanapun adalah terhadap kenaikan eksport bulan-ke-bulan sebanyak 10.4 peratus didorong produk elektrik dan elektronik (E&E), selain permintaan dari China yang lebih tinggi daripada jangkaan.
Bagaimanapun, pasaran ekuiti masih mempunyai kecenderungan untuk membuat reaksi keterlaluan terhadap maklumat berbau pemulihan dan bila sampai masanya, pelabur menyedari bahawa penilaian itu mungkin melangkaui faktor asas.
Ada baiknya mengambil pendekatan dagangan minggu ini kerana KLCI dijangka meningkat ke paras 1,054 mata. Sepanjang tahun ini, penanda aras itu sudah meningkat 150 mata dan hampir 60 peratus daripada kenaikan itu disokong oleh saham sektor perbankan, perladangan, tenaga, perjudian, dan telekomunikasi.
Sebahagian daripada kaunter berkenaan boleh dinilai sebagai ‘jual sekarang’ berdasarkan kepada sasaran harga bagi kaunter seperti Genting, MMC dan IJM Corp.
Kesimpulannya, ketika momentum teknikal KLCI berlaku, keadaan belian teknikal belum menunjukkan tahap ekstrem dan aliran kenaikan akan berterusan minggu ini sebelum keadaan terlebih beli itu menjadi keterlaluan hingga menyebabkan pembetulan pengambilan untung.
Namun, adalah lebih baik jika jumlah dagangan harian stabil antara dua hingga tiga bilion sehari untuk menghasilkan aliran meningkat lebih meyakinkan.
Paras sokongan terhampir dijangka pada 1,014 mata dengan paras psikologi pada 1,000 dan 983 bertindak sebagai penahan terhadap sebarang kejatuhan jika berlakunya pembetulan pengambilan untung.
May 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com