January 31, 2009

Syarikat Insuran, Takaful Laksana RCB Pada 2009

Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, semua syarikat insurans dan takaful perlu bersedia untuk melaksanakan rangka kerja modal berasaskan risiko (RCB) mulai 1 Januari 2009.

Bagaimanapun, syarikat insurans dan takaful yang sudah bersedia untuk melaksanakan rangka kerja RCB boleh memulakannya mulai awal tahun depan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Zamani Abdul Ghani.

Malah, menurut beliau, setakat ini sudah banyak syarikat insurans dan takaful yang telah melaksanakan RCB pada tahun ini.

‘‘Pengenalan RCB dan pelaksanaan rangka kerja pengawalseliaan lebih awal itu bagi menyediakan rejim lebih fleksibel bagi memastikan syarikat insurans dan takaful lebih kukuh.
‘‘Peralihan rangka kerja pengawalseliaan ini adalah seiring perubahan dalam industri di peringkat antarabangsa termasuk Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa (IAIS) yang terlibat dalam menyediakan hala tuju perundangan insurans,’’

katanya ketika berucap di majlis pembukaan Persidangan Insurans Pasifik ke-23 di sini hari ini.
RCB yang diperkenalkan itu juga bertujuan menangani kelemahan dalam institusi yang lebih lemah melalui penyeliaan yang sewajarnya.

Rangka kerja itu bertujuan membentuk satu rejim yang melibatkan lebih banyak penyertaan peserta industri secara kolektif untuk membangun dan menguatkuasa secara berkesan kod amalan professional dalam industri.

Zamani berkata, meskipun perubahan itu berdasarkan kepada rejim berasaskan keutamaan, tetapi ia penting untuk mengekalkan pengawasan perundangan untuk kestabilan kewangan dan keyakinan orang awam.

Ia adalah sama penting bagi penggubal undang-undang untuk fokus bagi memudahkan perubahan dalam pasaran yang membolehkan pihak industri berkembang dalam pembangunan pasaran.’’ tambahnya.

Katanya, ia termasuk meletakkannya dalam mekanisme yang memanfaatkan kuasa pasaran dan disiplin untuk memperkukuhkan perundangan dan mempromosi sistem kewangan yang lebih cekap dan responsif.

Cabaran

Menurut beliau, dalam menghadapi cabaran, BNM akan sentiasa mengkaji dan membuat penilaian semula amalan perniagaan dan meletakkan standard antarabangsa yang diiktiraf oleh IAIS dan Lembaga Standard Perakaunan Antarabangsa.

Dalam ucapannya itu, Zamani berkata, industri insurans dan takaful mencatatkan pertumbuhan premium kira-kira 10 peratus bagi insurans nyawa dan am dengan jumlah premium sebanyak RM13 bilion pada pertengahan tahun ini.

Aset bagi insurans nyawa dan am juga menyaksikan peningkatan dua kali ganda sebanyak 14 peratus kepada RM116 bilion sehingga Jun tahun ini.

‘‘Momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan sehingga tahun depan, selari dengan pertumbuhan ekonomi negara,’’ katanya.

Zamani berkata, penembusan bagi industri takaful masih lagi rendah iaitu kurang daripada lima peratus di kebanyakan negara Islam dan Malaysia hanya 6.8 peratus.Zamani berkata, bank pusat itu juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat takaful asing yang memiliki kelayakan untuk menerokai pasaran retakaful di negara ini, selaras dengan fokus BNM untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam industri takaful.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers