Pepatah Melayu ada menyebut:
Ukur baju di badan sendiri
Dan pepatah ini boleh diterjemahkan mengenai konsep Big Deal & Small Deal.
Konsep ini amat baik kerana ia memecahkan persepsi kita mengenai “Nak berniaga mesti ada kedai” dan “Mahu berniaga mesti ada modal besar.”
Apa itu Small Deal?
Small Deal adalah urusan jual beli yang tidak melibatkan modal yang besar. Umpamanya membeli kaunter saham yang memerlukan modal dari RM 1000 - 5000. Pelaburan hartanah untuk rumah yang berharga kurang dari RM 100 000 - RM 150 000. Perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan dari rumah. Konsepnya adalah, “Mulakan dengan apa yang anda ada.”
Apa itu Big Deal?
Ia adalah pelaburan yang sama tapi dengan taraf kemahiran dan modal yang lebih tinggi. Kalau kita sudah biasa membeli saham-saham dengan modal di bawah RM 5000 dan membuat untung, maka sudah tiba masanya kita membeli saham-saham dengan modal RM 50 000 dan ke atas pula.
Juga melibatkan diri dalam kerjaya unit amanah & insuran termasuk dalam kategori "small deal" & "big deal". Ini bergantung kepada saiz portfolio pelabur-pelabur yang diuruskan!!!
Ramai daripada kita menjadi payah dan liat untuk berniaga atau melabur apabila kita memandang pada sudut big deal sahaja. Kita sering berfikir untuk mahu mula berniaga itu mesti mempunyai kedai, pejabat dan pekerja.
Pada peringkat awal, ia tidak perlu begitu. Cari peluang perniagaan dan peluang pelaburan yang sesuai dengan kemahiran dan modal yang kita ada.
Apabila kita sudah berjaya dengan small deal, maka sudah tiba masanya kita melangkah ke big deal. Perniagaan dan pelaburan yang maju setapak lagi.
Tetapi ingat, small deal & big deal baru 2 peringkat yang pertama dan ia masih belum melayakkan anda untuk ke peringkat fast track.
January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
No comments:
Post a Comment