January 22, 2009

TINJAUAN PASARAN: Pasaran tempatan terus suram

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam di tengah-tengah kebimbangan berhubung krisis kewangan global yang berterusan, didahului dengan situasi lesu dalam sektor perbankan Eropah.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup pada 873.41, merosot 6.96 mata atau 0.791 peratus selepas dibuka 6.01 mata lebih rendah pada 874.36 pagi semalam. Peniaga berkata, pasaran serantau juga rendah, begitu juga prestasi semalaman Wall Street yang menyaksikan Purata Perindustrian Dow Jones merosot empat peratus dan Indeks Komposit Nasdaq turun 5.78 peratus.

Peniaga berkata, pelabur terutama luar negara telahpun berada dalam ‘mood’ untuk bercuti panjang. “Kebanyakan pelabur enggan memegang pegangan baru menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan,” katanya.

Menurut MIMB Investment Bank, pelantikan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 tidak mampu menghilangkan kesuraman pasaran saham daripada keadaan sektor perbankannya semakin teruk.

Pada penutup, Indeks Perindustrian susut 12.75 mata kepada 2,068.45, Indeks Kewangan merosot 107.53 mata kepada 6,768.05 dan Indeks Perladangan kekurangan 49.66 mata kepada 4,291.94. Indeks FBMEmas pula 48.01 mata lebih rendah pada 5,716.34, FBM30 turun 55.42 mata kepada 5,612.92, Indeks FBMMesdaq merosot 42.65 mata kepada 3,220.43 dan FBM2BRD berkurangan 7.66 mata kepada 3,931.86.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 279 berbalas 143 sementara 196 kaunter tidak berubah, 635 tidak diniagakan dan 30 lagi digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 366.251 juta saham bernilai RM485.459 juta daripada penutup kelmarin 375.820 juta saham bernilai RM439.119 juta.

“Pasaran telahpun berada di pendasar yang mungkin menyaksikan beberapa kesuraman dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya. Memandangkan Bank Negara Malaysia dijangka mengurangkan kadar faedah untuk merangsangkan pasaran ekuiti, MIMB berkata: “Adalah terlalu awal untuk mencari permulaan fasa ke bawah ekuiti utama.”

Ia berkata, pasaran telahpun memperlihatkan fasa tidak bergerak antara tahap 800 hingga 900 mata, sambil menambah yang ekonomi akan terus bergelut tahun ini dan hanya akan pulih menjelang separuh kedua tahun ini.

Seperti yang dijangkakan, bank pusat hari ini mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas kepada 2.50 peratus dan menurunkan keperluan rizab berkanun kepada dua peratus daripada 3.5 peratus, berkuatkuasa 1 Feb, 2009.

Pada penutup, jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 318.757 juta saham bernilai RM473.695 juta daripada penutup semalam 317.376 juta saham bernilai RM424.002 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 23.033 juta saham bernilai RM6.540 juta daripada 38.096 juta saham bernilai RM11.615 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 9.765 juta saham bernilai RM2.875 juta daripada 8.795 juta saham bernilai RM2.286 juta kelmarin. Waran menokok kepada 11.416 juta saham bernilai RM808,000 daripada 10.803 juta saham bernilai RM823,830 sebelumnya.

Di kalangan saham aktif, KNM kekal pada 43 sen, Compugates susut satu sen kepada 14 sen dan UEM Land meningkat dua sen kepada 77.5 sen. Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.30, Tenaga Nasional menambah lima sen kepada RM6.00 dan Maybank susut lima sen kepada RM5.10.

Saham untung termasuk United Plantations menokok 60 sen kepada RM10.40 dan Tanjong Public Ltd meningkat 30 sen kepada RM13.80. Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 14.759 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 54.009 juta, pembinaan 31.498 juta, urus niaga/perkhidmatan 102.236 juta, teknologi 3.277 juta, infrastruktur 6.174 juta, kewangan 29.048 juta, perhotelan 550,300, hartanah 63.311 juta, perladangan 11.835 juta, perlombongan sifar, REITs 1.997 juta dan dana tertutup 61,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers