January 5, 2009

Pelabur Runcit, Institusi Kembali Sertai Pasaran

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan kukuh minggu ini susulan jangkaan penyertaan aktif pelabur runcit dan institusi, dengan kebanyakan mereka kembali semula ke dalam pasaran selepas menghabiskan cuti akhir tahun, kata para penganalisis.

Mereka berkata, sepatutnya terdapat sedikit kenaikan seperti sebelum-sebelum ini dengan penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) kekal dalam bahagian positif kerana asas domestik masih kukuh.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata baru-baru ini bahawa negara tidak mengunjurkan kemelesetan pada 2009 dan kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan rangsangan seterusnya sekiranya diperlukan.

Menurut beliau, permintaan domestik, yang dijangka menyederhana, masih mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada 2009.

Negara dijangka mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus tahun ini.

Tahun ini dijangka menyediakan peluang kepada pelabur untuk membuat pembelian saham berharga murah syarikat-syarikat saham mewah pada harga yang berpatutan, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Syarikat-syarikat yang berdepan dengan tempoh sukar tetapi mampu mencatatkan prestasi baik termasuklah pengendali makanan segera seperti KFC, rantaian pasar raya seperti AEON, dan syarikat makanan dan minuman seperti F&N dan Nestle manakala syarikat penjagaan kesihatan boleh menjadi pilihan defensif yang baik selain bank-bank, tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka," katanya.

Penganalisis menyandarkan tahap ketahanan segera bagi IKKL pada paras 900 mata dan sokongan kukuh pada paras 750 mata.

IKKL ditutup pada minggu yang baru berakhir ini dengan meningkat sebanyak 27.01 mata kepada 894.36 berbanding 867.35 yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Indeks Perusahaan menokok 55.42 mata kepada 2,088.79 daripada 2,033.37, Indeks Kewangan meningkat 168.39 mata kepada 6,925.21 daripada 6,756.82 dan Indeks Perladangan menambah 344.45 mata kepada 4,423.74 daripada 4,079.29.

FBMEmas melonjak 191.02 mata kepada 5,857.36, FBM30 naik 186.41 mata kepada 5,763.89 manakala FBM2BRD meningkat 39.27 mata kepada 4,032.13.

Bagaimanapun, FBM-MDQ turun 83.84 mata kepada 3,346.86.

Semasa tempoh dagangan yang singkat minggu lalu berikutan cuti umum, sejumlah 1.080 bilion saham bernilai RM1.608 bilion diniagakan berbanding 986.592 juta saham bernilai RM1.121 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 889.155 juta saham bernilai RM1.568 bilion daripada 746.626 juta saham bernilai RM1.076 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua jatuh kepada 82.288 juta saham bernilai RM23.552 juta daripada 90.388 juta saham bernilai RM27.929 juta.

Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq menokok kepada 34.177 juta saham bernilai RM9.338 juta daripada 26.782 juta saham bernilai RM9.484.392 juta sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 72.499 juta saham bernilai RM5.730 juta daripada 121.132 juta saham bernilai RM7.297 juta minggu sebelumnya.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers