January 21, 2009

Tinjauan Pasaran: Pengambilan untung berterusan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi dan murah sementara kebanyakan kaunter kewangan pula meneruskan kerugian.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 9.91 mata atau 1.113 peratus kepada 880.37. KLCI dibuka 4.46 mata lebih rendah pada 885.82 pagi semalam berbanding penutup kelmarin, 890.28.

Peniaga berkata, peserta pasaran mula mengambil keuntungan menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan dan di sebalik kebimbangan yang krisis kewangan Amerika Syarikat telah menular ke Eropah.

Katanya, kebimbangan terhadap krisis kewangan di Eropah nampaknya telah menjejaskan bursa tempatan dan serantau, terutama selepas Royal Bank of Scotland di United Kingdom, mengumumkan kerugian besar.

Indeks Perindustrian turun 3.03 mata kepada 2,081.2, Indeks Kewangan merosot 109.63 mata kepada 6,875.58 dan Indeks Perladangan lebih rendah 30.92 mata kepada 4,341.6.
Indeks FBMEmas susut 63.84 mata kepada 5,764.35, Indeks FBM30 merosot 59.88 mata kepada 5,668.34, FBM2BRD pula 43.38 mata lebih rendah pada 3939.52 dan Indeks FBMMesdaq turun 26.78 mata kepada 3,263.08.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 350 berbalas 135 sementara 203 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 375.820 juta saham bernilai RM439.119 juta berbanding penutup kelmarin iaitu 421.934 juta saham bernilai RM437.957 juta.

MIMB Investment Bank berkata pasaran menjangkakan lebih banyak berita negatif mengenai ekonomi seperti data pengangguran yang memeranjatkan, sambil menambah cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi akan hanya menambahkan lebih kelesuan kepada pasaran semasa.

"Pelabur terus bimbang yang kelembapan ekonomi global akan berubah menjadi lebih teruk daripada yang dijangkakan. Justeru, ramai yang masih tidak mahu memasuki pasaran kerana mahu menantikan petunjuk yang lebih jelas," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Beliau berkata sikap tunggu dan lihat mungkin berlanjutan untuk beberapa ketika, mungkin sehingga beberapa bulan akan datang. Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 317.376 juta saham bernilai RM424.002 juta daripada penutup kelmarin iaitu 326.232 juta saham bernilai RM410.421 juta.

Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 38.096 juta saham bernilai RM11.615 juta daripada 72.515 juta saham bernilai RM23.474 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 8.795 juta saham bernilai RM2.286 juta daripada 8.993 juta saham bernilai RM2.217 juta kelmarin.

Waran lebih rendah kepada 10.803 juta saham bernilai RM823,830 daripada 11.465 juta saham bernilai RM1.159 juta sebelumnya. Di kalangan saham aktif, KNM susut 2.5 sen kepada 43 sen, Compugates naik satu sen kepada 15 sen dan Ramunia merosot tiga sen kepada 37 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby berkurangan lima sen kepada RM5.35, IOI Corp turun empat sen kepada RM3.80 dan MISC menokok lima sen kepada RM8.65. Maybank lega 15 sen kepada RM5.15, Bumiputra-Commerce susut 15 sen kepada RM6.20 dan Public Bank rugi lima sen kepada RM8.70.

Tenaga susut 10 sen kepada RM5.95 selepas mengumumkan kerugian bersih RM944 juta pada suku pertama berakhir 30 November 2008 ekoran permintaan elektrik yang lemah, harga arang batu yang tinggi dan nilai ringgit yang kurang memberangsangkan.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 8.661 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 66.552 juta, pembinaan 29.478 juta, urus niaga/perkhidmatan 115.323 juta, teknologi 9.376 juta, infrastruktur 6.456 juta, kewangan 17.326 juta, perhotelan 636,400, hartanah 51.981 juta, perladangan 10.276 juta, perlombongan sifar, REITs 1.209 juta dan dana tertutup 102,300. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers