January 29, 2009

Malaysia masih destinasi FDI pilihan Jepun

DI sebalik persekitaran ekonomi dunia suram yang menjejaskan Amerika Syarikat dan Eropah dengan teruk, Jepun melihat Malaysia sebagai antara destinasi paling menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pelabur Jepun di rantau ini.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, berkata perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Jepun berada pada kedudukan amat baik. “Kami adalah satu daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan sentiasa menjadi rakan perdagangan ketiga teratas,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Horie berkata, Jepun berada di tempat teratas dalam senarai negara pengimport bagi Malaysia dan nombor tiga dari segi eksport. “Kami juga adalah satu daripada tiga pelabur terbesar. Pada 2006 dan 2007, Jepun muncul sebagai pelabur terbesar di Malaysia.

“Sejak saya bertugas di Malaysia 16 bulan lalu, saya sentiasa membawa berita baik, Jepun menjadi pelabur nombor satu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, negara matahari terbit itu akan terus menjadi pelabur utama di Malaysia. Pada masa ini, ada 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia. “Semua ini adalah pelaburan langsung asing dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lalu.

Jumlah pelaburan terkumpul Jepun di Malaysia sangat besar. “Pelaburan ini saling berkait dengan hubungan erat dua hala kita,” katanya sambil menambah Jepun dan Malaysia tidak boleh dipisahkan memandangkan pelaburan semasa akan meningkat.

Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa pada 1990-an, ada 100 hingga 200 syarikat Jepun menarik diri dari Malaysia, berkurangan kepada 1,100 atau 1,200 daripada jumlah syarikat beroperasi di sini.

Horie mengakui kemunculan China dan Vietnam ‘sudah mengalihkan pelabur Jepun pada masa itu selepas mereka dapati negara berkenaan mempunyai lebih banyak kelebihan.’ Namun, selepas 2000, keadaannya berubah.

“China berkembang paras upah meningkat dalam masa lebih 10 hingga 15 tahun lalu, manakala Vietnam menarik banyak pelaburan,” katanya. “Bagaimanapun, China dan Vietnam masih kurang dalam bidang tertentu, terutama dalam sektor infrastruktur,” katanya.

Horie berkata, pelabur Jepun sudah menilai semula prospek pelaburan mereka di rantau ini dan membuat kesimpulan bahawa ‘Malaysia masih negara yang baik untuk melabur berbanding negara lain di rantau ini.’

Pertamanya, beliau berkata, Malaysia mempunyai infrastruktur yang maju dan tenaga kerja yang agak mahir. Malaysia juga satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Sungguh menakjubkan melihat bangsa Melayu, Cina, India dan banyak kumpulan etnik lain yang tinggal bersama dalam suasana aman dan harmoni,” katanya. “Satu lagi faktor kelebihan Malaysia ialah setiap orang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh bertutur pelbagai bahasa,” katanya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers