January 31, 2009

Sentimen dagangan masih suram

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dalam dagangan suram semalam, dengan minat belian ke atas saham berwajaran tinggi pada saat-saat akhir telah meningkatkan Indeks Komposit ke wilayah positif, kata seorang peniaga.

Pada penutup Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), yang diniagakan pada zon negatif hampir sepanjang hari, melonjak 1.29 mata kepada 884.45. Ia dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 882.82.

Ia mencecah paras rendah seharian pada 871.53. “Pasaran hampir lengang hari ini (semalam) dengan kebanyakan pelabur masih belum memasuki pasaran. Terdapat belian berpilih,” katanya.

Sentimen sebelum itu suram akibat kerugian semalaman di Wall Street. Peniaga itu berkata, Wall Street mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turut selepas penyiaran data yang lemah di Amerika Syarikat, termasuk pendapatan dan dakwaan pengangguran yang mungkin mengheret tahap kemelesetan ke tahap lebih buruk.

Indeks Perusahaan menambah 16.97 mata kepada 2,098.39, Indeks Kewangan menokok 2.01 mata kepada 6,912.13, Indeks Perladangan meningkat 36.41 mata kepada 4,450.05 dan Indeks Teknologi menambah menambah 0.20 mata kepada 13.13.

FBMEmas menokok 6.77 mata lebih kepada 5,793.99, FBM30 meningkat 10 mata kepada 5,709.63, FBMMesdaq susut 56.18 mata kepada 3,367.44 dan FBM2BRD berkurangan 13.47 mata kepada 3,938.62.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 202 berbanding 201, 190 kaunter tidak berubah, 661 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 295.474 juta saham bernilai RM462.014 juta, meningkat daripada 286.648 juta saham bernilai RM415.289 juta kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan berkata Malaysia akan menyemak semua unjuran defisit bajet negara kepada menaik daripada 4.8 peratus tahun ini selepas mengumumkan pakej rangsang kedua.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai bila kerajaan akan mengumumkan pakej kedua. Pakej pertama berjumlah RM7 bilion diumumkan November lalu. Antara kaunter aktif, IOI Corp menokok lapan sen kepada RM3.92, UEM Land susut setengah sen kepada 75.5 sen manakala Compugates tidak berubah pada 14 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM5.25, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM5.90, Sime Darby tidak berubah pada RM5.50 dan MISC meningkat 30 sen kepada RM8.85.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 260.686 juta saham bernilai RM452.621 juta berbanding 250.337 juta saham bernilai RM407.948 juta penutup kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 222.772 juta saham bernilai RM5.438 juta berbanding 164.381 juta saham bernilai RM3.939 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 4.743 juta saham bernilai RM1.632 juta berbanding 7.325 juta saham bernilai RM2.027 juta kelmarin. Waran susut kepada 7.141 juta saham bernilai RM1.632 juta berbanding 12.258 juta saham bernilai RM1.235 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 4.411 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 28.43 juta, pembinaan 34.567 juta, perkhidmatan/perdagangan 90.666 juta, teknologi 8.748 juta, infrastruktur 7.411 juta, kewangan 21.46 juta, hotel 4.47 juta, hartanah 40.85 juta, perladangan 18.592 juta, perlombongan tiada, REIT 1.006 juta dan dana tertutup 68,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers