January 6, 2009

Bursa Malaysia DiTutup Kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam hasil belian susulan saham berwajaran tinggi terpilih terutama saham perladangan.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 26.30 mata atau 2.941 peratus lebih tinggi pada 920.66, paras tertinggi sejak pasaran mengalami aliran menurun tahun lalu, hasil keuntungan saham IOI Corporation dan Sime Darby.

Ia dibuka 7.84 mata lebih tinggi pada 901.84. Indeks Perusahaan menokok 51.84 mata kepada 2,140.63, Indeks Kewangan melonjak 145.69 mata kepada 7,070.90 manakala Indeks Perladangan meningkat 352.29 mata kepada 4,776.03.

FBMEmas menokok 182.50 mata kepada 6,039.88, FBM30 menambah 167.30 mata kepada 5,931.19, FBMMesdaq meningkat 142.62 mata kepada 3,489.48 dan FBM2BRD menokok 49.79 mata kepada 4,081.92.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 530 berbanding 119 manakala 131 kaunter tidak berubah, 472 tidak diniagakan dan 27 lagi digantung. Jumlah dagangan melonjak kepada 845.963 juta saham bernilai RM1.019 bilion berbanding 507.412 juta saham bernilai RM682.421 juta pada penutup Jumaat.

Peniaga berkata, ketegangan antara Israel dan Palestin menyebabkan harga minyak mentah meningkat, selain turut menyebabkan harga minyak sawit mentah meningkat ke paras yang lebih tinggi. Mereka berkata, beberapa pelabur melihat keadaan ini sebagai peluang untuk membeli saham perladangan dan aliran itu dijangka berterusan sehingga Tahun Baru Cina.

Saham yang mencatat keuntungan tertinggi, Tanjong untung 70 sen kepada RM14.20, IOI Corporation menambah 48 sen kepada RM4.38 dan Asiatic menokok 46 sen kepada RM4.26. Antara saham aktif, KNM meningkat 4.5 sen kepada 48 sen, Ramunia Holdings menambah 3.5 sen kepada 34.5 sen manakala Malaysian Resources Corporation menokok 6.5 sen kepada 81.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok 30 sen kepada RM5.70 manakala Tenaga Nasional dan Bumiputra-Commerce, masing-masing meningkat 15 sen kepada RM6.40 dan RM6.35. Maybank meningkat 20 sen kepada RM5.40, MISC menambah lima sen kepada RM8.65 manakala Public Bank turun 10 sen kepada RM8.80.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 707.178 juta saham bernilai RM991.427 juta berbanding 412.995 juta saham bernilai RM667.128 juta Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 64.808 juta unit bernilai RM17.839 juta berbanding 35.026 juta unit bernilai RM9.458 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menambah kepada 18.125 juta unit bernilai RM4.106 juta berbanding 9.427 juta bernilai RM1.936 juta Jumaat lalu. Waran meningkat kepada 53.596 juta saham bernilai RM5.406 juta berbanding 49.449 juta saham bernilai RM3.704 juta sebelum ini.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sejumlah 12.589 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 183.63 juta, pembinaan 69.304 juta, perdagangan/perkhidmatan 218.122 juta, teknologi 4.108 juta, infrastruktur 17.171 juta, kewangan 45.582 juta, hotel 3.316 juta, hartanah 97.992 juta, perladangan 54.006 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.201 juta dan dana tertutup 125,300. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers