January 20, 2009

Khazanah Rancang Labur RM58b Dalam Tiga Tahun

Tumpu sektor miliki kesan pengganda ekonomi yang besarKHAZANAH Nasional Bhd merancang memperuntukkan pelaburan sebanyak RM58 bilion untuk tempoh tiga tahun akan datang dengan tumpuan terhadap sektor yang memiliki kesan pengganda ekonomi yang besar dan pulangan baik kepada pemegang saham. Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata peruntukan pelaburan bagi tempoh 2009-2011 itu difokuskan dalam pembangunan Iskandar Malaysia, sektor tenaga, telekomunikasi, pelancongan, infrastruktur, pener-bangan, pertanian, sains hayat, kesihatan, teknologi dan sektor kreatif.

"Tumpuan utama pelaburan bagi tahun ini dan tempoh jangka sederhana adalah dalam sektor domestik yang memiliki kesan pengganda tinggi dari segi ekonomi serta peluang pekerjaan. "Dalam tempoh tiga tahun akan datang dianggarkan sebanyak RM58 bilion akan dilaburkan, khususnya dalam pembangunan Iskandar Malaysia, projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), tenaga dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas membentangkan Kajian Tahunan Kelima di Kuala Lumpur semalam. Pada masa sama, beliau menjelaskan, dalam tempoh lima tahun lalu, Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah membelanjakan kira-kira RM36 bilion dalam ekonomi domestik.

Mengulas mengenai prestasi Khazanah dalam tempoh enam bulan hingga 31 Disember lalu, Azman berkata, port-folio pelaburannya susut seiring dengan pasaran global dan serantau. "Keseluruhan nilai portfolio aset susut kepada RM70.4 bilion berbanding RM88.2 bilion dalam tempoh kajian. Nilai bersih juga susut kepada RM33.7 bilion pada 31 Disember 2008, berbanding RM53.1 bilion pada 31 Mei 2008," kata beliau. Azman menambah, pulangan ke atas pemegang saham bagi syarikat tersenarai miliknya susut 35.7 peratus pada 2008, sejajar penurunan 35.7 peratus penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur pada tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, kedudukan kewangan kekal kukuh dengan kelebihan nilai aset berbanding liabiliti sebanyak 1.9 kali ganda dan sebahagian besar GLC di bawah Khazanah sudah mengukuhkan kedudukan kewangan masing-masing.

Beliau yakin GLC di bawah Khazanah berkedudukan baik untuk mengharungi krisis ekonomi global, namun keadaan pasaran yang tidak menentu kini bukan masa terbaik untuk membuat keputusan pelaburan baru. Mengulas mengenai terbitan hak oleh anak syarikat perkhidmatan selularnya, Azman berkata, TM International Bhd akan menerbitkan instrumen pembiayaan itu atau beberapa terbitan berkaitan ekuiti lain pada suku semasa bagi mendapatkan dana untuk membayar balik sebahagian daripada hutangnya. Sementara itu, Azman juga berkata, Proton Holdings Bhd, syarikat pengeluar kereta nasional perlu mencari penyelesaian jangka panjang termasuk membentuk pakatan strategik dengan syarikat lain. Khazanah yang memiliki 42.74 peratus pegangan ekuiti dalam Proton, yakin pakatan strategik boleh dibentuk meskipun industri automotif global kini dalam keadaan tertekan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers