EKONOMI Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan dan tidak menuju ke arah kemelesetan teknikal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Dari sudut pandangan kerajaan, kita tidak menuju ke arah kemelesetan teknikal kerana perangkaan tidak menunjukkan (ekonomi) kita menuju ke arah aliran menurun.
Masih ada pertumbuhan dan ia berkembang. “Kerajaan melihat secara realistik apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Unjuran Strategik Malaysia ke-11, Institut Kepimpinan dan Strategik Asia di Kuala Lumpur semalam.
Beliau menjelaskan, sektor kewangan dan perbankan di negara ini berada dalam keadaan yang baik manakala dalam sektor pembuatan pula, tidak semua subsektor yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global semasa. “Beberapa subsektor (pembuatan) masih mencatat pertumbuhan.
Setakat ini subsektor yang merasakan impak kelembapan ekonomi global ialah subsektor elektronik dan plastik,” katanya. Mengenai sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini sejajar unjuran lebih rendah kebanyakan firma penyelidikan termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier), Muhyiddin berkata, ia akan dibuat jika perangkaan menunjukkan ia perlu dilakukan.
“Kita mempunyai standard yang diikuti sebelum membuat semakan. Buat masa ini, unjuran rasmi (pertumbuhan ekonomi pada kadar 3.5 peratus) kekal,” katanya. Beliau menegaskan, orang ramai perlu menerima perangkaan yang diumumkan kerajaan kerana ia adalah berasaskan kepada pertimbangan yang konkrit.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika ditemui selepas melancarkan nama dan logo baru Aseambankers Malaysia Bhd di Kuala Lumpur turut menyatakan pendirian kerajaan untuk mengekalkan unjuran rasminya bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini pada kadar 3.5 peratus.
“Bukan menjadi kelaziman bagi kerajaan untuk kerap menukar unjurannya. Kami menyedari dunia sedang berubah. Situasi semasa amat dinamik dan kami perlu memantau situasi ini. Buat masa ini, masih tiada cadangan menyemak semula (unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2009),” katanya.
Pada majlis itu, Aseambankers mengumumkan nama barunya, iaitu Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB). Nor Mohamed turut menegaskan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi jika diperlukan. “Jika ada keperluan kita akan perkenalkan satu lagi pakej rangsangan.
Kakitangan Kementerian Kewangan sentiasa meninjau dan mengkaji projek berdaya maju yang mampu dilaksanakan jika ada lebihan dana. “Kerja sentiasa berjalan dan jika kerajaan memutuskan untuk mengadakan pakej kedua, kita tidak perlu lagi keluar mencari projek.
Dari segi saiz dana (pakej kedua itu), masih terlalu awal untuk ditetapkan,” katanya sambil menambah, bagi pakej rangsangan bernilai RM7 bilion yang diumumkan November lalu, ia sudah diagihkan kepada kementerian terbabit dan dijangkakan dibelanjakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.