January 9, 2009

Tinjauan Pasaran: Saham Alami Tekanan Jualan

Kaunter perladangan ditutup rendah akibat aktiviti pengambilan untungHARGA saham susut pada penutupan dagangan semalam akibat tekanan jualan selanjutnya di kaunter berwajaran tinggi, khususnya kaunter perladangan, kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan lewat hari ini.

Pada akhir sesi dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 17.10 mata atau 1.843 peratus kepada 910.52, disebabkan kejatuhan, sebahagian besarnya di kaunter Sime Darby dan IOI Corporation.

Ia dibuka 8.89 mata lebih rendah pada 918.73 berbanding 927.62 pada penutupan dagangan semalam. KLCI bergerak di antara 907.04 dengan 919.16 dalam sesi dagangan hari ini.

Peniaga berkata kegiatan mengambil untung yang berterusan, khususnya daripada saham perladangan adalah disebabkan jangkaan bahawa harga komoditi mencecah had tertingginya dan berkemungkinan turun pada minggu-minggu akan datang. Indeks Perusahaan turun 49.99 mata kepada 2,117.96, Indeks Kewangan jatuh 92.05 mata kepada 7,204.51 dan Indeks Perladangan hilang 214.88 mata kepada 4,541.06.

FBMEmas turun 114.86 mata kepada 5,959.51, FBM30 jatuh 117.78 mata kepada 5,864.68, FBMMesdaq susut 62.46 mata kepada 3,386.36 dan FBM2BRD berkurangan 55.06 mata kepada 3,995.79. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 390 berbanding 97 manakala 171 kaunter tidak berubah, 616 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 390.95 juta unit bernilai RM632.27 juta daripada 743.515 juta saham bernilai RM1.116 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 331.223 juta saham bernilai RM622.948 juta daripada 654.774 juta unit bernilai RM1.1 bilion kelmarin.

Di Papan Utama, jumlah dagangan turun kepada 26.5 juta saham bernilai RM5.127 juta daripada 34.17 juta saham bernilai RM8.468 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 8.278 juta unit bernilai RM1.945 juta berbanding 21.525 juta saham bernilai RM3.057 juta.

Waran berkurangan jumlahnya kepada 22.403 juta saham bernilai RM1.554 juta daripada 32.002 juta unit bernilai RM3.463 juta. Mendahului senarai saham jatuh ialah Kuala Lumpur Kepong yang susut 40 sen kepada RM10 manakala Sime Darby turun 35 sen kepada RM5.45 dan Oriental Interest susut 32 sen kepada 85 sen.

Bagi saham cergas, KNM susut 1.5 sen kepada 48.5 sen, IOI Corporation turun 28 sen kepada RM3.98 dan WCT luak sesen kepada RM1.13. Di kalangan saham mewah, Tenaga turun 10 sen kepada RM6.35, Maybank susut lima sen kepada RM5.55 manakala Bumiputra-Commerce dan MISC jatuh 15 sen, masing-masing kepada RM6.85 dan RM8.65.

Sektor barangan pengguna menguasai 6.456 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 76.271 juta, pembinaan 49.622 juta, perdagangan/perkhidmatan 90.119 juta, teknologi 2.753 juta, prasarana 10.568 juta, kewangan 22.483 juta, hotel 2.997 juta, harta 34.526 juta, perladangan 34.602 juta, perlombongan tiada, REIT 774,200 dan dana tertutup 51,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers