January 13, 2009

Tinjauan Pasaran: Pasaran Masih Tidak Menentu

Harga ditutup bercampur-campur, saham wajaran tinggi tetap diminati HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam di sebalik minat berkekalan untuk saham berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 4.5 mata atau 0.49 peratus untuk ditutup pada 923.57, ditolak naik oleh keuntungan yang diraih kebanyakannya dari saham Sime Darby dan Maybank. Ia dibuka 0.33 mata lebih tinggi pada 919.4.

Menurut MIMB Investment Bank, pasaran dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat dan pada masa sama sedang membiasakan diri dengan kemelesetan ekonomi global yang ketara, kredit global dan krisis perbankan serta reaksi kepada dasar luar biasa.

Ia juga mengatakan yang data pekerjaan Amerika Syarikat untuk Disember yang dikeluarkan Jumaat lalu tidak banyak membantu. "Sehubungan itu, tanpa petunjuk baru pasaran akan mendapatkan hala tujunya, untuk permulaan dari prestasi semalaman Wall Street dan kemudian bergerak seiring dengan aliran pasaran serantau," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Indeks Perindustrian menambah 4.88 mata kepada 2,131.9, Indeks Kewangan melonjak 69.63 mata kepada 7,358.06 sementara Indeks Perladangan susut 3.01 mata kepada 4,558.0. Indeks FBMEmas menokok 25.7 mata kepada 6,044.19, FBM30 naik 24.28 mata kepada 5,947.58, FBMMesdaq turun 26.320 mata kepada 3,354.48 dan FBM2BRD lega 3.28 mata kepada 3,984.76.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 231 berbalas 214 sementara 224 kaunter tidak berubah, 582 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan mengukuh kepada 574.572 juta saham bernilai RM696.536 juta berbanding penutup Jumaat lalu pada 414.903 juta saham bernilai RM605.903 juta.

Jumlah dagangan di Papan Utama semalam meningkat kepada 511.633 juta saham bernilai RM685.033 juta berbanding penutup Jumaat lalu iaitu 355.230 juta unit bernilai RM596.406 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 19.942 juta unit bernilai RM5.927 juta daripada 26.651 juta unit bernilai RM4.969 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh 14.3 juta saham bernilai RM3.321 juta daripada 6.509 juta unit bernilai RM1.997 juta Jumaat lalu. Waran pula meningkat kepada 26.720 juta saham bernilai RM1.656 juta daripada 24.345 juta saham bernilai RM1.824 juta sebelumnya.

Di kalangan saham yang untung, Tanjong bergerak naik 50 sen kepada RM14.20, Petronas Dagangan menambah 30 sen kepada RM7.70 dan Public Bank meningkat 20 sen kepada RM9.00. Untuk saham aktif pula, KNM kekal pada 50.5 sen, UEM Land mengukuh lima sen kepada 76.5 sen dan Tebrau Teguh lebih tinggi 3.5 sen kepada 51.5 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik lima sen kepada RM5.50 sementara Tenaga Nasional lega 10 sen kepada RM6.50 dan Maybank menokok 10 sen kepada RM5.70. Bumiputra-Commerce dan IOI Corp, masing-masing tidak berubah pada RM7.00 dan RM4.00.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 5.846 juta saham yang diniagakan di papan utama, produk perindustrian 96.597 juta, pembinaan 50.12 juta, urus niaga/perkhidmatan 152.706 juta, teknologi 11.620 juta, infrastruktur 10.844 juta, kewangan 25.861 juta, perhotelan 956,700, hartanah 135.105 juta, perladangan 20.025 juta, perlombongan sifar, REITs 1.917 juta dan dana tertutup 33,400. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers