January 4, 2009

Bursa Kukuh Di Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR 2 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini pada trend menaik dengan indeks utama meningkat 2.0 peratus, selepas dirangsang oleh pembelian kukuh saham perladangan berikutan harga komoditi yang kukuh, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur meningkat 17.61 mata kepada 894.36, daripada paras terendah harian di paras 877.89. Indeks Perladangan melonjak 280.94 mata kepada 4,423.74, Indeks Kewangan meningkat 133.50 mata kepada 6,925.21 dan Indeks Perusahaan meningkat 24.94 mata kepada 2,088.79.

Indeks FBMEmas meningkat 130.92 mata kepada 5,857.38, FBM30 meningkat 126.16 mata kepada 5,763.89, FBMMesdaq menokok 13.27 mata kepada 3,346.13 dan FBM2BRD meningkat 24.82 mata kepada 4,032.13.

Saham untung mengatasi saham rugi sebanyak 395 kepada 140, manakala 150 kaunter tidak berubah, 568 kaunter tidak diniagakan dan 27 kaunter digantung.

Di kalangan kaunter aktif, sejumlah 507.412 juta saham bernilai RM682.421 juta bertukar tangan, meningkat daripada 311.253 juta saham bernilai RM523.043 juta yang dicatatkan Rabu lepas.

Pasaran ditutup pada hari Khamis bagi perayaan Tahun Baru. Mendahului kaunter aktif, KNM Group menkingkat tiga sen kepada 43.5 sen dan IOI Corporation melonjak 34 sen kepada RM3.90 manakala China Mobile-CC, Ramunia Holdings dan waran Mulpha tidak berubah masing-masing pada harga satu sen, 31 sen dan 5.5 sen.

Jumlah Papan Utama meningkat kepada 412.995 juta saham bernilai RM667.128 juta berbanding dengan 269.376 juta saham bernilai RM511.560 juta pada Rabu. Perolehan di Papan Kedua meningkat kepada 35.026 juta saham bernilai RM9.458 juta berbanding dengan 23.045 juta saham bernilai RM6.546 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq meningkat sedikit kepada 9.427 juta saham bernilai RM1.936 juta daripada 9.296 juta saham bernilai RM3.674 juta.Waran melonjak kepada 49.449 juta saham bernilai RM3.704 juta daripada 8.129 juta saham bernilai RM704,689 sebelum ini.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 10.219 juta saham di Papan Utama, produk perusahaan 104.020 juta, pembinaan 39.906 juta, dagang.perkhidmatan 135.833 juta, teknologi 2.962 juta, prasarana 15.910 juta, kewangan 27.889 juta, hotel 4.517 juta, hartanah 37.047 juta, perladangan 32.492 juta, perlombongan 4,000, REIT 2.102 juta dan dana tertutup 94,000. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers