January 7, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga DiTutup Bercampur-campur

Aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham perladangan hadkan kenaikanHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam berikutan minat belian sederhana dalam saham wajaran berat terpilih dan kaunter berharga murah terutama saham perbankan.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 1.57 mata atau 0.171 peratus kepada 922.23 berikutan kenaikan kebanyakannya dalam saham Maybank dan Bumiputra-Commerce. Ia dibuka 0.49 mata lebih tinggi kepada 921.15.

Peniaga berkata, aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham perladangan mengehadkan beberapa kenaikan. Indeks Perusahaan meningkat 12.09 mata kepada 2,152.72, Indeks Kewangan naik 123.30 mata kepada 7,194.20 manakala Indeks Perladangan turun 23.16 mata kepada 4,752.87.

FBMEmas menokok 3.12 mata kepada 6,043.00, FBM30 naik 8.88 mata kepada 5,940.07, FBMMesdaq susut 28.78 mata kepada 3,460.70 dan FBM2BRD turun 11.65 mata kepada 4,070.27.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 291 berbanding 258 manakala 200 kaunter tidak berubah, 503 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 765.429 juta saham bernilai RM1.084 bilion berbanding 845.963 juta saham bernilai RM1.019 bilion kelmarin.

Aseambankers, dalam tinjauan suku pertamanya bagi bursa tempatan berkata, KLCI dijangka kekal di paras tinggi sederhana pada suku pertama 2009, berikutan jangkaan pakej rangsangan fiskal Amerika Syarikat yang kukuh dan kekukuhan ringgit.

Selain itu, bank pelaburan itu berkata, satu lagi pakej rangsangan bagi Malaysia serta kelonggaran kewangan oleh pengawal atur semasa suku berkenaan dijangka memberi sedikit sokongan kepada bursa tempatan.

Ia juga berkata, saham perladangan dan perbankan dijangka menjadi tumpuan semasa suku terbabit. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 684.691 juta saham bernilai RM1.067 bilion berbanding 707.178 juta unit saham bernilai RM991.427 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 35.737 juta saham bernilai RM10.654 juta daripada 64.808 juta saham bernilai RM17.839 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan 11.439 juta saham bernilai RM2.063 juta daripada 18.125 juta saham bernilai RM4.106 juta kelmarin. Waran turun kepada 32.322 juta saham bernilai RM3.993 juta daripada 53.596 juta saham bernilai RM5.406 juta sebelumnya.

Bagi saham untung utama, British American Tobacco naik 75 sen kepada RM44.75, Loh & Loh meningkat 51 sen kepada RM5.35 dan Nestle menokok 50 sen kepada RM28.00. Bagi saham cergas, KNM menambah setengah sen kepada 48.5 sen, UEM Land dan Malaysian Resources Corporation turun setengah sen masing-masing kepada 70 sen dan 81 sen dan IOI Corporation susut empat sen kepada RM4.34.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.65 manakala Tenaga Nasional dan Public Bank tidak berubah masing-masing kepada RM6.40 dan RM8.80. Maybank dan Bumiputra-Commerce menokok 15 sen setiap satu masing-masing kepada RM5.55 dan RM6.50 manakala MISC menambah 10 sen kepada RM8.75.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 10.208 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 154.428 juta, pembinaan 105.023 juta, perdagangan/perkhidmatan 198.783 juta, teknologi 4.998 juta, prasarana 18.472 juta, kewangan 48.486 juta, hotel 1.964 juta, harta 104.781 juta, perladangan 36.134 juta, perlombongan 18,000, REITs 1.315 juta dan dana ditutup 90,000. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers