January 1, 2009

7 Petua Mencapai Kejayaan Tahun Baru 1430H/2009-Oleh Shamsuddin Kadir

Satu dari kebaikan yang saya pelajari ialah kuasa kejayaan. Sebelum ini kita diberitahu ‘usaha tangga kejayaan’, kegagalan itu satu langkah ke arah mencapai kejayaan’, belajar dari kesilapan yang lalu. Semua itu ‘mungkin’ baik bagi meningkatkan diri kita.

Di sini saya ingin kongsikan 7 Petua mencapai Azam Kejayaan Tahun Baru bersama dengan Tuan dan Puan semua.

Petua yang Pertama:
Bagi kedatangan tahun baru ini 1430H @ 2009, senaraikan segala impian yang kita ingin capai, di atas 12 kertas yang berlainan. Ini bermakna kita ada 13 salinan senarai kejayaan yang kita bakal capai pada tahun baru ini.

Petua yang Kedua:
Masukan 11 senarai kejayaan ke dalam satu sampul surat yang bertulis ‘Kuasa Kejayaan’. Tampalkan salinan pertama senarai tersebut di tempat yang kita selalu dapat lihat, sebaiknya di dalam bilik tidur, supaya apabila kita ingin tidur kita terpandang senarai itu dan apabila kita bangun dari tidur kita dengan tidak sengaja terpandang senarai tersebut.

Petua yang Ketiga:
Poskan satu kad ‘Tahniah’ kepada : Tulis nama dan alamat anda di sampul surat kad Tahniah tersebut, dan tulis kata-kata di bawah
“Tahniah di atas kejayaan Tuan/Puan menceburi apa yang Tuan/Puan Impikan”
Sebaiknya hantarkan satu kad berkenaan kepada diri sendiri dengan mengunakan pos Malaysia pada setiap bulan bagi 12 bulan. Lakukan pada awal setiap bulan ataupun pada penghujung setiap bulan.

Petua yang Keempat :
Sertakan satu salinan senarai kejayaan di dalam setiap kad yang diposkan itu. Ini bermakna pada setiap bulan kita akan membuka sampul surat bertajuk “Kuasa Kejayaan’.

Petua yang Kelima :
Doakan pada setiap kelapangan
” Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua ahli keluargaku, sahabatku, jiranku, rakan sekerjaku dan semua orang yang dimuliakan oleh Mu, Wahai Allah yang Maha Kaya dan Pemurah”

Petua yang Keenam :
“Bantu dan berikan Inspirasi kepada sebanyak mana individu bagi yang dikenali dan baru dikenali (cari kenalan baru setiap hari, minggu ataupun bulan) agar mereka berjaya mencapai lebih dari apa yang mereka impikan”

Petua yang Ketujuh :
“Bagi Salam sambil memberikan senyuman ‘ikhlas’ kepada seberapa orang yang tidak dikenali yang kita jumpa sama ada di dalam lif, tepi jalan, …. dan kepada yang non-muslim, ucapkan dengan ucapan selamat…. dan berikan juga satu senyuman ‘ikhlas’ kepada mereka. Jika boleh timbulkan ‘dialog’ iaitu komunikasi dua hala. Selamat memiliki kuasa kejayaan tanpa perlu tewas di tengah jalan.

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu yang mencipta dan memiliki semua kejadian ini, hilangkan perkataan ‘tewas’ di dalam hidup setiap individu yang menjadi tetamuku, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin”

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers