Tahun 1430H @ 2009 kalendar Masihi yang baru bakal memberikan kita satu lagi impak di dalam kehidupan harian. Impak yang bakal menemui kita adalah bagaimana kita mempersiapkan diri bagi menghadapinya.
Saya menjangkakan Tahun 1430H @ 2009 ini memberikan impak kebaikan kepada setiap individu yang mengambil tindakan mencipta dan mengambil peluang kehadiran tahun baru ini. Bagi individu yang mengurus kehidupan dengan bersandarkan kepada duit dari sumber gaji boleh membuat dua persediaan:
1. Terus kekal makan gaji di tahun 2009. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja yang baik dan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian terbaik syarikat. Ini akan memungkinkan kita mendapat pengiktirafan dengan kenaikan pangkat beserta gaji yang lumayan.
Kalau tidak kehidupan kita akan berada ditahap yang lama....."bulan belum habis, tapi gaji sudah habis"..."sekiranya pendapatan bulan lepas tidak cukup, jangan harap bulan ini akan cukup"...kalau ini berlaku pada diri kita, sesuatu perlu dilakukan untuk merubah nasib kita!
2. Bersedia untuk berhijrah dari makan gaji di tahun 2009 dengan memulakan langkah mencipta pendapatan lain. Saya merasakan individu yang hidup bersumber makan gaji mudah mendapat impak yang tidak baik apabila tidak ada pendapatan dari sumber lain seperti melibatkan diri didalam industri unit amanah & insuran!Peluang perniagaan yang tidak perlukan modal yang besar!Pelanggan kita adalah diri kita, keluarga & kawan-kawan sebelum jumpa orang-orang yang tidak dikenali.
Bagi saya keluarga atau kawan yang baik adalah yang ingatkan kita tentang kehidupan akhirat & beri kita duit tiap-tiap bulan!. Kedengarannya seperti sumbang, tetapi itulah realiti kehidupan apabila diperhalusi!Daripada kita membincangkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, bagus kalau membincangkan perkara-perkara yang mendatangkan pendapatan seperti unit amanah & insuran!
Pepatah melayu "Kawan ketawa memang ramai tetapi bila menangis keseorangan". Saya dah penat menangis daripada kecil hinggalah berkeluarga. Masalah pergolakkan rumahtangga orang tua saya disebabkan kemiskinan yang dikaitkan dengan wang!Juga kesempitan kewangan semasa saya makan gaji. Saya berdoa tuan/puan tidak menghadapi masalah yang sama seperti saya!
Tak ramai yang menolong, tapi ramai yang melihat sahaja dan saya tidak berkecil hati sebab masalah itu berpunca dari kita, bukan mereka. Saya praktiskan dalam kehidupan saya iaitu "Mind Your own Business"Sekiranya kita berpijak di bumi yang nyata ini, masih ada jalan keluar sekiranya kita berusaha!
Bagi saya untuk berjaya, ikut atau "duplicate" orang-orang yang telah berjaya dalam bidang yang ingin kita ceburi. Jadikan keperitan hidup kita sebagai pendorong untuk kita berjaya. Suatu perkara dikatakan "gila" dimana kita buat benda yang sama berulang-ulang tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza!Sebagai contoh, kerja makan gaji dan tidak berusaha untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam sesuatu syarikat tetapi bercita-cita untuk menjadi jutawan!
Saya percaya Tahun 2009 juga memberikan kebaikan dan peluang yang teramat banyak kepada individu ‘makan gaji’ yang sebelum ini pernah terfikir ingin ‘berhijrah’. Kebaikan itu adalah Tahun 1430H @ 2009 sedang menanti tuan/puan untuk mencapai ‘kebebasan kedua terbaik’ berbanding kebebasan hakiki yang hanya Allah sahaja yang boleh berikan kepada kita.
Jika tuan/puan ingin menambah sumber pendapatan tetapi masih bekerja makan gaji, hubungi saya (0126120874) untuk keterangan lanjut..
January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
No comments:
Post a Comment