January 6, 2009

KLCI Melonjak Lepasi 900 Mata

Oleh Kamarulzaidi Kamiskamarulzaidi@bharian.com.my

BURSA Malaysia semalam meneruskan aliran meningkat dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali melepasi paras 900 mata buat kali pertama dalam tempoh dua bulan apabila melonjak 26.3 mata atau 2.94 peratus kepada 920.66 mata daripada penutup, Jumaat lalu.

Kali terakhir indeks penanda aras itu berada di atas paras 900 ialah pada 5 November 2008 iaitu 915.52, susulan kesan keruntuhan beberapa institusi kewangan di Amerika Syarikat (AS). Pemulihan ketara semalam yang juga kenaikan hari kedua dagangan 2009, didorong pemulihan pasaran serantau dan peningkatan harga kaunter perladangan tempatan.

Jumaat lalu, iaitu dalam dagangan sulung tahun ini, KLCI melonjak 17.61 mata atau 2.01 peratus kepada 894.36, daripada penutup hari sebelumnya. Awal pagi semalam, KLCI dibuka tinggi pada 901.84 mata, naik 7.48 mata atau 0.84 peratus, sebelum terus melonjak untuk ditutup di paras tertinggi hariannya iaitu 920.66 mata.

Kenaikan di bursa tempatan itu sejajar peningkatan di pasaran utama Asia lain yang didahului Bursa Saham Indonesia dengan Indeks Komposit Jakarta 6.04 peratus atau 81.93 mata kepada 1,437.34 mata.

Ini diikuti Bursa Saham Singapura (5.20 peratus); Bursa Hong Kong (3.46 peratus); Bursa Shanghai (3.29 peratus); Bursa Taiwan (2.33 peratus); Bursa Tokyo (2.07 peratus) dan Bursa Seoul (1.40 peratus). Sementara itu, pasaran saham Eropah turut mencatat peningkatan pada sesi pembukaan petang semalam, didahului Indeks ATX Vienna yang meningkat 1.48 peratus, diikuti DAX Jerman yang menokok 0.33 peratus, AEX Amsterdam (0.33 peratus), FTSE 100 United Kingdom (0.27 peratus) dan CAC 40 Perancis (0.06 peratus).

Penganalisis berkata, lonjakan pasaran global umumnya didorong peningkatan di Wall Streets pada Jumaat lalu yang menyaksikan Indeks Perusahaan Dow Jones kembali melepasi paras 9,000 mata apabila melonjak 2.94 peratus atau 258.3 mata kepada 9,034.69 mata.

Dalam pada itu, harga kontrak Februari minyak mentah bermutu ‘Light, Sweet’ meningkat 26 sen kepada AS$46.60 ketika diniagakan dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange di Asia petang semalam.

Kenaikan itu didorong oleh kebimbangan mengenai ketegangan politik antara Israel-Palestin yang dijangka boleh menyebabkan Opec bertindak mengurangkan bekalan. Sehubungan itu, harga komoditi lain termasuk sawit dan soya turut meningkat susulan peranannya sebagai komponen bahan api biofuel.

Harga penanda aras, kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) penghantaran Mac melonjak RM97 atau 5.6 peratus untuk ditutup pada RM1,837 satu tan semalam. Kenaikan MSM melepasi RM1,800 satu tan itu adalah tertinggi dalam tempoh 11 minggu, iaitu sejak 14 Oktober lalu.

Mengulas prestasi pasaran semalam, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata kenaikan indeks adalah kukuh kerana disertai peningkatan jumlah urus niaga dan menjadi petanda bermula ‘rali’ menjelang perayaan Tahun Baru Cina seperti yang lazim berlaku.

“Kenaikan hari ini (semalam) adalah kukuh yang mana terdapat penyertaan pelabur tempatan dan asing dikesan membeli saham mewah khususnya syarikat perladangan, sementara itu pelabur runcit membeli kaunter sederhana mewah dan murah.

“Lonjakan itu juga agak mantap kerana disokong oleh peningkatan jumlah urus niaga kepada 846 juta saham berbanding hanya sekitar bawah 500 juta sebelum ini... Ini petanda awal ‘rali’ Tahun Baru Cina’ seakan sudah bermula,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pada peringkat global, secara umumnya pelabur ceria dengan kenyataan bakal Presiden AS, Barack Obama yang menggesa Kongres untuk bertindak lebih pantas menyediakan pakej pemulihan termasuk kemungkinan penurunan cukai. Nazarry menjangka, tanpa berlaku perkara luar jangkaan, KLCI mampu melonjak melepasi paras 1,000 mata untuk menguji paras halangan 1,050 mata dalam jangka pendek.

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers