January 20, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga Saham Ditutup Rendah

Kebanyakan pelabur ambil untung menjelang cuti Tahun Baru CinaHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), ditutup pada 890.28, susut 6.19 mata ekoran kejatuhan diterajui Bumiputra-Commerce. Ia dibuka 1.43 mata lebih tinggi pada 897.9 pagi semalam.

Ketua Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank Bhd, Lee Cheng Hoo, berkata bursa tempatan terjejas oleh kegiatan mengambil untung di kaunter kewangan dan mewah. Antara kaunter kewangan, Bumiputra-Commerce turun 15 sen kepada RM6.35 dan Public Bank susut 10 sen kepada RM8.75.

“KLCI jatuh, sebahagian besarnya disebabkan penjualan besar-besaran, oleh pelabur dalam sektor kewangan,” katanya.

Beliau juga menjangka pasaran bergerak dalam jajaran kecil hingga hujung minggu ini, sejajar pasaran lain di rantau ini. Indeks Perusahaan turun 22.69 mata kepada 2,084.23 dan Indeks Kewangan susut 55.48 mata kepada 6,985.21, tetapi Indeks Perladangan meningkat 24.71 mata kepada 4,372.52.

FBMEmas jatuh 41.35 mata kepada 5,828.19, FBM30 turun 39.34 mata kepada 5,728.22, tetapi FBMMesdaq mengukuh kepada 1.53 mata kepada 3,289.86. FBM2BRD merosot 18.99 mata kepada 3,982.9. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 291 berbanding 148, manakala 211 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 421.934 juta saham bernilai RM437.957 juta daripada 546.612 juta bernilai RM549.656 juta, Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Utama mengecil kepada 326.232 juta saham bernilai RM410.421 juta daripada 437.072 juta saham bernilai RM521.655 juta, Jumaat lalu.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan susut kepada 72.515 juta saham bernilai RM23.474 juta daripada 84.795 juta saham bernilai RM24.255 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 8.993 juta saham bernilai RM2.217 daripada 6.305 juta saham bernilai RM1.765 juta Jumaat lalu.

Waran berkurangan kepada 11.465 juta saham bernilai RM1.159 juta daripada 16.132 juta saham bernilai RM1.393 juta. Antara saham cergas, Ramunia naik dua sen kepada 40 sen, Compugates menambah 14 sen, KNM menyusut satu sen kepada 45.5 sen, UEM Land turun 2.5 sen kepada 77 sen dan Tebrau susut tiga sen kepada 47.5 sen.

Sektor barangan pengguna menguasai 4.496 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 55.585 juta, pembinaan 22.767 juta, perdagangan/perkhidmatan 135.498 juta, teknologi 3.771 juta, prasarana 9.279 juta, kewangan 23.785 juta, hotel 3.375 juta, harta 54.029 juta, perladangan 11.044 juta, perlombongan tiada, REIT 2.570 juta dan dana tertutup 33,000.

Sementara itu, MIMB Investment Bank berkata keadaan turun naik pasaran sekarang dijangka berlarutan dengan keputusan pendapatan korporat memperlihatkan tahap kelembapan ekonomi.

Katanya, keputusan tahun kewangan penuh bagi 2008 serta prospek bagi tahun semasa dan selepas itu akan memberikan panduan untuk pelabur membuat keputusan melabur. “Memandangkan keadaan tidak menentu yang berpanjangan dalam pasaran, pelabur akan mengambil isyarat daripada prestasi Wall Street, sekurang-kurangnya buat jangka terdekat ini,” tegasnya dalam satu nota penyelidikan. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers