January 22, 2009

Bursa Malaysia Perkenal Penanda Aras Utama Baru

BURSA Malaysia akan memperkenalkan penanda aras utama yang baru, FTSE Bursa Malaysia KLCI bagi menggantikan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bermula 6 Julai depan bagi memastikan pasaran saham tempatan kekal relevan pada peringkat global dan memberi gambaran lebih jelas aktiviti dagangan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata penukaran indeks penanda aras itu akan membantu membina pasaran lebih bermutu menerusi integrasi kaedah penetapan indeks berasaskan pendekatan yang diterima peringkat antarabangsa.

“Penanda aras diperbaharui itu akan menjadikan pasaran tempatan selaras dengan standard antarabangsa yang mengutamakan tiga kriteria penting iaitu mudah dagang, mudah labur dan ketelusan.

“Ia kriteria yang digunakan secara meluas oleh pelabur untuk menilai daya tarikan pasaran. Penambahbaikan penting bagi memastikan indeks itu mewakili gambaran urus niaga sebenar pasaran, sekali gus membina reputasi sebagai pasaran berkualiti dan relevan pada peringkat global,” katanya pada sidang media sempena mengumumkan tarikh penukaran itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Asia Pasifik FTSE, Paul Hoff dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Pasaran Bursa Malaysia, Chua Kong Khai. Yusli menjelaskan, pengiraan indeks baru itu adalah berbeza berbanding penanda aras semasa kerana ia mengandungi hanya 30 komponen berbanding 100 komponen pada indeks sedia ada.

“Berlainan daripada KLCI yang dikira berdasarkan 100 saham dari Papan Utama berasaskan permodalan pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI akan memilih 30 saham kukuh dari Papan Utama berdasarkan permodalan pasaran dengan mengambil kira faktor mudah labur dan mudah dagang.

“Faktor mudah labur adalah penapisan berasaskan keperluan minimum apungan bebas sebanyak 15 peratus dan mudah dagang adalah memenuhi 10 peratus ujian kecairan berdasarkan pendapatan tahunan saham apungan bebas,” jelasnya.

Katanya dengan mengambil kira dua faktor tambahan, indeks baru itu akan memberi gambaran aktiviti dagangan di pasaran saham tempatan dengan jelas dan meluas. “Indeks baru itu juga akan mengira pergerakan setiap 15 saat, lebih cepat berbanding pengiraan KLCI semasa yang dibuat pada kadar setiap 60 saat.

“Ia juga tidak mengganggu aliran KLCI (yang perkenalkan sejak 4 April 1986) kerana ia adalah kesinambungan dari segi nilai iaitu menyambung paras penutup KLCI pada 3 Julai 2009,” tambahnya.

Sementara itu, Chua berkata, pengumuman mengenai perubahan itu yang dibuat enam bulan sebelum ia diperkenalkan, akan memberi tempoh mencukupi bagi peserta pasaran mengubahsuai portfolio masing-masing.

“Aktiviti penjualan ketara (susulan pengurungan komponen daripada 100 kepada 30) dijangka tidak berlaku kerana peserta pasaran diberi tempoh enam bulan bagi mengubahsuai dan membiasakan diri dengan indeks baru.

“Ia terdiri daripada saham kategori penggerak utama pasaran, justeru, memberi gambaran jelas aktiviti keseluruhan pasaran,” katanya. Tambahnya, berdasarkan perbincangan dengan peserta pasaran termasuk pengurus dana, kumpulan komponen 30 saham kukuh itu dapat mewujudkan kecairan pasaran, menyenangkan pengurusan pelaburan dan menjadi ia lebih menarik bagi penerbitan produk pelaburan.

Difahamkan langkah menukar kaedah pengiraan penanda aras adalah lebih berkesan daripada memperkenalkan indeks baru secara berasingan kerana tanpa sejarah aliran bagi tempoh lebih lima hingga sepuluh tahun, akan menyebabkan pelabur dan penganalisis mengetepikannya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers