- Keberanian yang teguh: Berdasarkan kepada pengetahuan. Tidak ada seorang pengikut yang ingin berada di bawah seorang pemimpin yang kurang keyakinan dan keberanian diri.
- Kawalan kendiri: Seorang yang tidak dapat mengawal diri sendiri tidak akan dapat mengawal orang lain. Kawalan kendiri seseorang menjadi contoh kepada orang lain.
- Sikap adil dan gigih : Tanpa sikap adil, tidak ada pemimpin yang akan dihormati.
- Membuat keputusan dengan tegas : Seorang yang tidak tegas dalam membuat keputusan tidak akan berjaya dalam memimpin orang lain.
- Melaksanakan rancangan dengan tegas : Seorang pemimpin yang berjaya mesti merancang dan melaksanakan segala apa yang dirancangnya. Pemimpin yang bertindak, melalui tekaan semata-mata adalah seperti sebuah kapal yang belayar tanpa kemudi lambat laun akan karam.
- Tabiat kerja mesti lebih daripada apa yang dibayar: Seorang pemimpin mesti rela bekerja lebih daripada pengikut-pengikutnya.
- Personaliti yang menyenangkan: seorang yng selekeh dan cuai tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang berjaya.
- Rasa simpati dan bertimbang rasa: Seorang pemimpin yang berjaya mesti memberi sokongan kepada pengikut- pengikutnya.
- Penguasaan ke atas sesuatu perkara : Kepimpinan yang berjaya memerlukan penguasaan ke atas perkara yang berkaitan dengan kedudukan seorang pemimpin.
- Kerelaan untuk menerima tanggungjawab penuh : Sekiranya salah seorang daripada pengikutnya telah melakukan kesilapan, pemimpin tersebut mesti menganggapnya sebagai kesalahannya sendiri.
- Bekerjasama : Terdapat dua bentuk kepimpinan. Bentuk yang pertama dan paling efektif ialah kepimpinan menerusi persetujuan dan disokong oleh pengikut-pengikut. Bentuk kedua ialah kepimpinan menerusi paksaan. Pemimpin sebegini mungkin akan diikut buat sementara waktu tetapi pengikut-pengikutnya tidak akan mengikutnya secara sukarela.
Semua manusia dilahirkan sebagai pemimpin/khalifah. Sifat kepimpinan wujud didalam diri setiap individu dan terpulang kepada individu tersebut untuk menzahirkannya bagi mencapai kehidupan yang lebih bermakna. Macamana? Sertai kami di Nuang Elite Group Consultant untuk menjadi individu dan pemimpin yang berjaya!
No comments:
Post a Comment