EKONOMI Malaysia dijangka melantun kukuh pada 2010 selepas terpaksa mengharungi impak sebenar krisis kewangan global sepanjang tahun ini, kata Manu Bhaskaran, pakar ekonomi di Centennial Group berpangkalan di Singapura.
Bagaimanapun, katanya, negara tetap tidak dapat mengelak daripada impak jangka pendek krisis kewangan global pada separuh pertama 2009 berikutan Malaysia, seperti negara perdagangan lain, amat terdedah kepada ekonomi dunia yang memberikan kesan berganda kepada ekonomi tempatan. “Apa yang akan saya nyatakan di sini bukan bertujuan untuk menakutkan anda, tetapi Malaysia akan `luka’ teruk tahun ini.
“Pada separuh pertama tahun ini kita akan melihat lebih banyak berita buruk pada peringkat global, pasaran akan merudum, manakala semua enjin pertumbuhan utama dunia akan mengalami kelembapan... ia bakal menjadi kelembapan paling buruk selepas Perang Dunia Kedua. “Sungguhpun begitu, saya menjangka Malaysia dapat mengelak daripada tergelincir ke dalam kemelesetan ekonomi, dalam jangka terdekat, susulan pengurusan wajar ekonominya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Krisis Global: Mengharungi Masa Sukar’ pada perbincangan ekonomi semasa anjuran Hong Leong Bank dan The Edge di Kuala Lumpur, semalam.
Manu berkata, langkah positif yang diambil tiga ekonomi utama dunia seperti pakej stimulasi ekonomi hanya akan menampakkan kesannya dalam jangka agak panjang. “Kami menjangkakan ekonomi global akan memantul semula pada 2010, dan berdasarkan kesan berganda, ekonomi Asia akan melantun semula dengan lebih kukuh lagi,” katanya sambil menambah kelembapan ekonomi Asia disebabkan faktor kitaran dan bukannya struktural.
Beliau menegaskan, semua negara Asia seharusnya bersedia mulai sekarang untuk merampas peluang jangka panjang daripada krisis kewangan semasa ini, seperti membangunkan enjin ekonomi domestik baru dan meningkatkan integrasi serantau. Ditanya sama ada sekarang adalah masa sesuai untuk melabur dalam pasaran ekuiti tempatan berikutan harga yang rendah, Manu berkata:
“Bagi mereka yang mempunyai tunai dan bersedia berenggang dengannya untuk dua atau tiga tahun, ia dilihat sebagai waktu yang sesuai. “Namun, saya berpendapat akan berlakunya kejatuhan harga lanjutan di pasaran saham dalam satu atau dua bulan lagi.
Pasaran dijangka mencecah paras dasar pada suku kedua tahun ini. Sesiapa yang mempunyai banyak tunai, dia adalah raja,” katanya. Pada majlis sama Hong Leong Bank turut melancarkan kad kredit Hong Leong Platinum.
January 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
No comments:
Post a Comment