January 8, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga Saham Ditutup Kian Kukuh

Minat belian bagi ekuiti berwajaran tinggi dorong KLCI naik lebih 5 mataHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh semalam susulan minat belian bagi saham berwajaran tinggi, terutama saham perbankan dan perladangan. Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 5.39 mata atau 0.584 peratus kepada 927.62, hasil keuntungan terutama oleh Bumiputra-Commerce dan Sime Darby. Ia dibuka 7.7 mata lebih tinggi pada 929.93 berbanding 922.23 pada penutup kelmarin.

Indeks penanda aras itu merekodkan paras tertinggi harian pada 936.63. Peniaga berkata, sokongan dana tempatan bagi saham berwajaran tinggi berjaya meningkatkan KLCI ke paras lebih tinggi ketika penganalisis menjangkakan prestasi bursa tempatan tahun ini bercampur-campur. Indeks Perusahaan meningkat 15.23 mata kepada 2,167.95, Indeks Kewangan melonjak 102.36 mata kepada 7,296.56 manakala Indeks Perladangan menokok 3.07 mata kepada 4,755.94.

FBMEmas meningkat 31.37 mata kepada 6,074.37, FBM30 menokok 42.39 mata kepada 5,982.46 manakala FBMMesdaq susut 11.88 mata kepada 3,448.82 manakala FBM2BRD turun 19.42 mata kepada 4,050.85. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 306 berbanding 228 manakala 212 kaunter tidak berubah, 506 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 743.515 juta saham bernilai RM1.116 bilion berbanding 765.429 juta saham bernilai RM1.084 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Utama semalam susut kepada 654.774 juta unit bernilai RM1.1 bilion berbanding 684.691 juta saham bernilai RM1.067 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 34.17 juta saham bernilai RM8.468 juta berbanding 35.737 juta unit bernilai RM10.654 juta sebelumnya, manakala dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 21.525 juta saham bernilai RM3.057 juta berbanding 11.439 juta saham bernilai RM2.063 juta.

Waran turun kepada 32.002 juta unit bernilai RM3.463 juta berbanding 32.322 juta saham bernilai RM3.993 juta sebelumnya. Bagi saham yang mencatatkan keuntungan, UBG meningkat 59 sen kepada RM3.30, Bumiputra-Commerce menambah 51 sen kepada RM7 dan Kuala Lumpur Kepong menokok 40 sen kepada RM10.40. Bagi kaunter aktif, KNM menambah 1.5 sen kepada 50 sen, IOI Corporation susut lapan sen kepada RM4.26 manakala Malaysian Resources Corporation menokok 3.5 sen kepada 84.5 sen.

Firma pembinaan, WCT, yang kembali diurusniagakan semalam, turun 15 sen atau 11.628 peratus kepada RM1.14 selepas kontrak padang lumba kuda di Emiriyah Arab Bersatu, dibatalkan. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat 15 sen kepada RM5.80 manakala Tenaga, Maybank dan MISC, masing-masing menambah lima sen kepada RM6.45, RM5.60 dan RM8.80.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 10.705 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 165.146 juta, pembinaan 145.631 juta, perdagangan/perkhidmatan 165.836 juta, teknologi 3.479 juta, infrastruktur 13.149 juta, kewangan 42.125 juta, hotel 6.862 juta, hartanah 62.052 juta, perladangan 37.843 juta, perlombongan 2,000, REIT 1.656 juta dan dana tertutup 288,600. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers