January 13, 2009

CIMB Bank Sasar Salur RM6.8b Pinjaman PKS

Oleh Johan Afandi johan@bharian.com.my

Dasar kompetitif tingkat keyakinan institusi kewangan CIMB Bank Bhd menyasarkan menyalurkan pinjaman RM6.8 bilion kepada pengusaha sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini, kata Ketua Perbankan Perniagaannya, Tan Leng Hock.

Beliau berkata, jumlah itu adalah sama seperti yang disalurkan tahun lalu yang mana pinjaman kepada pengusaha PKS merangkumi kira-kira lapan peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman bank itu.

Berdasarkan kepada senario persekitaran perniagaan PKS di ini negara, bank itu yakin dengan prospek sektor berkenaan, terutama sekali melalui pelbagai dasar kompetitif yang dilaksanakan kerajaan.

"Kami gembira apabila mendengar daripada pelanggan (pengusaha PKS) bahawa mereka terus mendapat kontrak terutama sekali daripada kerajaan. "Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi membantu pengusaha PKS, sebab itu kami yakin untuk memberikan pinjaman kepada mereka," katanya selepas Seminar Industri Perbankan untuk Pengusaha PKS di Johor Bahru semalam.

Hadir sama, Pengarah Serantau CIMB Bank, Raja Sulong Ahmad. Tan berkata, jika kerajaan terus mengamalkan dasar yang kompetitif untuk memastikan persekitaran perniagaan negara kekal cergas, tidak mustahil kesan kegawatan ekonomi global yang diramalkan tahun ini, tidak akan begitu dirasai di negara ini.

Sementara itu, di Changlun, Kedah, Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, CIMB Bank akan menggabungkan 30 daripada 368 cawangannya bagi memastikan institusi kewangan itu kekal kompetitif.

Bagaimanapun, beliau berkata, penggabungan itu tiada kaitan dengan krisis ekonomi dunia kerana ia dilaksanakan semata-mata sebagai strategi CIMB untuk meluas dan meningkatkan mutu perkhidmatannya, iaitu menutup cawangan yang tidak perlu kerana berada kedudukannya yang berhampiran dengan cawangan lain.

"Kakitangan CIMB Bank tidak akan terjejas berikutan penggabungan ini kerana banyak lagi cawangan baru yang bakal diwujudkan selepas ini," katanya selepas pelancaran CIMB Cawangan Changlun oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semalam.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers