January 12, 2009

KLCI Diunjur Sekitar 936Mata

Tinjauan Pasaran Oleh Kaladher Govindan

Aktiviti pengambilan untung dan penjualan dijangka berkurangan SELEPAS kejatuhan daripada tahap tertinggi 1,525 mata yang dicatatnya pada Januari tahun lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu mencatatkan peningkatan menghampiri tahap tertinggi dalam tempoh tiga bulan, sebelum ia dipengaruhi aktiviti pengambilan untung.

KLCI meningkat 24.7 mata atau 2.8 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 919.07 mata, manakala purata jumlah dagangan harian dan nilai dagangan masing-masing meningkat kepada 632.3 juta saham dan RM891.6 juta, berbanding purata 360 juta saham dan RM535.8 juta pada minggu sebelumnya. Kenaikan KLCI itu didorong terutama oleh saham perladangan dan perbankan.

Minggu lalu, harga minyak sawit mentah (CPO) meningkat susulan peningkatan harga minyak mentah ekoran ketegangan di Asia Barat, pertelingkahan antara Russia dan Ukraine mengenai harga gas dan yuran yang menjejaskan bekalan terhadap 20 negara serta langkah pengurangan pengeluaran yang dilaksanakan oleh Opec.

Harga komoditi yang lemah dan permintaan global yang berkurangan adalah faktor penting yang membawa penurunan berterusan terhadap eksport negara pada November 2008 yang berkurang 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Walaupun penurunan itu sedikit lebih baik berbanding anggaran pelbagai pihak iaitu 5.7 peratus, kebimbangan berterusan bahawa eksport akan terus terjejas apabila ekonomi bertambah buruk.

Sementara itu, pengangguran di AS meningkat ke tahap paling tinggi dalam tempoh 16 tahun, iaitu pada kadar 7.2 peratus ia dijangka meningkat lagi jika tiada sebarang tindakan drastik dilakukan serta-merta. Seluruh dunia menaruh harapan kepada Presiden AS yang baru dipilih, Barack Obama untuk melaksanakan pelan rangsangan fiskal yang besar apabila beliau mengambil alih jawatan secara rasmi pada 20 Januari ini.

Di peringkat tempatan, tiada petunjuk utama untuk indeks minggu ini kecuali pilihan raya kecil di Terengganu Jumaat ini yang bakat menyaksikan persaingan sengit antara calon yang bertanding. Berita lebih positif berkaitan rangsangan fiskal tambahan untuk meningkatkan ekonomi tampak akan muncul dalam tempoh beberapa hari sehingga pilihan raya terbabit dan ini hampir pasti akan mengekalkan momentum di pasaran tempatan untuk sementara waktu.

Pendekatan selamat adalah lebih sesuai dalam keadaan sekarang buat pelabur institusi dan runcit dengan hanya memilih saham yang mempunyai asas modal besar yang kukuh dan beberapa saham yang mencatat pertumbuhan.

Secara kesimpulan, momentum teknikal yang semakin baik, petunjuk arah aliran KLCI minggu lalu serta momentum pembelian yang kembali meningkat boleh memastikan KLCI terus meningkat minggu ini. Melihat kepada carta pergerakan harian KLCI, aktiviti pengambilan untung dan penjualan boleh berkurangan apabila indeks mengatasi tahap sokongan psikologi 900 mata dengan tahap antara 888 dan 880 mata boleh bertindak sebagai zon sokongan.

Dari sudut positif, tahap ketahanan serta-merta ditetapkan pada tahap tertinggi minggu lalu iaitu 936 mata, dengan tahap ketahanan lebih kukuh bermula pada 940 dan kemudian 949. Saham perladangan serta minyak dan gas mungkin akan jatuh lagi berdasarkan harga minyak mentah berterusan lemah yang mana ia didagangkan hampir AS$40 setong, manakala saham murah sektor pembinaan seperti MRCB, Ranhill dan Tebrau akan menyaksikan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan kukuh Jumaat lalu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers