BURSA Malaysia Bhd melihat persekitaran pasaran saham yang agak lembap ketika ini sebagai peluang untuk memperkenalkan pelbagai produk serta inisiatif baru yang akan membolehkannya meraih manfaat apabila pasaran kembali aktif kelak.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata pengendali bursa saham tempatan itu mempunyai rancangan besar pada 2009 ini dalam mengukuhkan struktur pasaran dan pengenalan produk baru seperti penggabungan Papan Utama dan Kedua, pembaharuan Papan Mesdaq, pengenalan Indeks Perladangan Minyak Sawit Asia FTSE Bursa Malaysia dan Indeks Perladangan Minyak Sawit FTSE Bursa Malaysia.
“Kami percaya keadaan semasa memberi kelebihan untuk melaksanakan semua itu berbanding ketika pasaran rancak kerana ia membolehkan kami bersedia meraih manfaat apabila pasaran kembali aktif.
“Hasrat kami adalah menjadikan bursa saham tempatan setaraf dengan pasaran di negara maju. Penggabungan Papan Utama dan Kedua disasarkan dilaksanakan menjelang pertengahan 2009 adalah untuk menaik taraf struktur pasaran tempatan supaya menjadi lebih menarik dan lebih banyak syarikat berminat disenaraikan,” katanya dalam satu temu bual bersama Berita Harian baru-baru ini.
Jelasnya, langkah itu juga membantu meningkatkan mutu syarikat yang disenaraikan kerana Papan Kedua dilihat kehilangan populariti sejak beberapa tahun lalu. “Semua inisiatif ini akan dilakukan segera kerana lebih cepat dilaksanakan, maka kami mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan aktiviti pasaran.
“Kami juga berhasrat menumpukan kepada pengenalan produk berkaitan komoditi dan berkonsepkan Syariah kerana Malaysia memiliki kelebihan dari segi itu, dan kami mahu membangunkan lebih banyak produk dalam dua segmen itu,” katanya.
Yusli berkata, minat dalam kontrak hadapan minyak sawit dijangkakan terus berkembang kerana ia menjadi semakin popular di peringkat global. Mengenai isu memendek waktu dagangan, Yusli berkata pihaknya masih menilai kewajaran pelaksanaannya dan ia terpulang kepada persetujuan peserta pasaran.
“Menerusi perbincangan kami dengan peserta industri, kami dapati tidak semua berminat untuk memendekkan masa dagangan. Bagaimanapun, kami berhasrat untuk meneruskan dialog mengenai perkara itu.
“Ia perlu dipersetujui majoriti peserta pasaran dan kami tidak akan menghalang, malah kita boleh menjimatkan banyak wang industri,” katanya. Mengenai cadangan melanjutkan tempoh penyelesaian kontra, Yusli berkata, perkara itu sukar dilaksanakan kerana pasaran global kini secara umumnya mensasar memendekkan tempoh penyelesaian kerana ia berkaitan rapat dengan risiko.
“Sebilangan bursa yang sudah melaksanakan T+1 dan T+2, tetapi kita masih mengekalkan T+3. Pada masa ini belum ada cadangan untuk mengurangkannya “Namun, kami memberi kelonggaran kepada broker untuk melanjutkan tempoh penyelesaian kepada pelanggannya,” jelasnya.
Mengenai jualan singkat, beliau berkata, Bursa Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan rangka kerja urus niaga di atas kaunter (OTC) pada separuh pertama 2009. Katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pasaran tempatan lebih menarik kepada pelabur.
January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
No comments:
Post a Comment