January 15, 2009

Tinjauan Pasaran:Saham Perladangan Terus Diminati


KLCI dijangka bergerak dalam jajaran sempit sehingga akhir minggu ini HARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan penutupan bercampur-campur di tengah-tengah minat belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi berpilih.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 0.24 mata kepada 913.46, susulan kejatuhan sebahagian besarnya di kaunter Bumiputra-Commerce. Ia dibuka 2.01 mata lebih tinggi pada 915.71. Indeks Perusahaan meningkat 2.59 mata kepada 2,128.27, Indeks Kewangan turun 48.16 mata kepada 7,244.73 manakala Indeks Perladangan jatuh 5.42 mata kepada 4,422.91.

FBMEmas menokok 0.63 mata kepada 5,986.92, FBM30 turun 11.77 mata kepada 5,885.13, FBMMesdaq jatuh 9.69 mata kepada 3,307.77 dan FBM2BRD naik 25.98 mata kepada 4,013.38.

Seorang penganalisis berkata, kaunter perladangan terus menarik minat besar dan kebanyakan kegiatan membeli dimulakan oleh dana tempatan. Beliau berkata, arah aliran pasaran semalam dijangka serupa dengan kelmarin dan berkemungkinan tertumpu kepada kaunter yang dianggap sebagai syarikat berkaitan kerajaan.

"KLCI dijangka bergerak dalam jajaran sempit hingga akhir minggu ini pada tahap antara 900 dengan 950, ekoran sikap berhati-hati pelabur dalam persekitaran ekonomi global yang suram sekarang," katanya.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 406.224 juta saham bernilai RM642.930 juta daripada 453.519 juta saham bernilai RM748.440 juta pada penutup 24.946 juta saham bernilai RM7.409 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan penurunan jumlah dagangan kepada 7.677 juta saham bernilai RM1.879 juta saham daripada 8.782 juta saham bernilai RM1.889 juta. Waran mengecil jumlahnya kepada 13.286 juta saham bernilai RM1.275 juta saham daripada 26.712 juta saham bernilai RM1.976 juta.

Bagi saham cergas, KNM susut setengah sen kepada 48.5 sen, UEM Land naik 9.5 sen kepada 83 sen, Tebrau menokok 1.5 sen kepada 53 sen dan MRCB mengukuh empat sen kepada 87 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM5.50, Tenaga Nasional turun lima sen kepada RM6.40, Maybank kekal pada RM5.60 dan Bumiputra-Commerce susut 25 sen kepada RM6.75.

Sektor barangan pengguna menyumbang 10.845 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 66.204 juta, pembinaan 44.481 juta, perda-gangan/perkhidmatan 103.594 juta, teknologi 4.785 juta, prasarana 21.201 juta, kewangan 23.879 juta, hotel 569,200, harta 109.606 juta, perladangan 20.578 juta, perlombongan tiada, REIT 389,900 dan dana tertutup 89,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers