December 31, 2008

Tinjauan Pasaran: Harga saham ditutup teguh-31 Disember, 2008

Kegiatan kemas kini portfolio bantu kekal sentimen positif di pasaran HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih teguh semalam berikutan minat berterusan, manakala kegiatan mengemas kini portfolio membantu mengekalkan sentimen positif.

Kenaikan kukuh di kaunter berkaitan indeks melonjakkan pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ke paras 1.6 peratus lebih tinggi. Pada penutup, KLCI naik 14.28 mata kepada 881.63 selepas mencecah tahap terendah dalam dagangan semalam pada 868.64. Ia dibuka 1.35 mata lebih tinggi pada 868.70 pagi semalam.

Indeks Kewangan mengukuh 118.87 mata kepada 6,875.69, Indeks Perladangan meningkat 63.40 mata kepada 4,142.69 dan Indeks Perusahaan menambah 37.24 mata kepada 2,070.61. FBMEmas naik 84.46 mata kepada 5,750.80 dan FBM30 melonjak 100.76 mata kepada 5,678.24. Sementara itu, FBMMesdaq jatuh 118.70 mata kepada 3,312.00 dan FBM2BRD susut 18.66 mata kepada 3,974.20.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 270 berbanding 211, manakala 123 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung urus niaga. Keseluruhannya, sentimen lebih teguh berikutan berita yang mengatakan kerajaan sedang meneliti cadangan membeli baja secara pukal dan menjualnya kepada penanam getah dan kelapa sawit pada harga lebih rendah, manakala Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membelanjakan RM700 juta menjelang bulan depan untuk membina rumah bagi memacu kegiatan ekonomi. Saham

berkaitan perladangan adalah antara yang menikmati kenaikan besar manakala kegiatan mengambil untung kelihatan di kaunter berharga lebih murah dan bagi saham berharga kurang daripada RM1. Sejumlah 261.443 juta saham bernilai RM402.135 juta diurus niaga semalam berbanding 181.090 juta saham bernilai RM156.350 juta Jumaat lalu. Pasaran ditutup kelmarin sempena sambutan Awal Muharram.

Antara saham cergas, Green Packet turun tujuh sen kepada RM1.10, Gula Perak susut setengah sen kepada empat sen, IOI Corporation naik lapan sen kepada RM3.58, Resorts-CI menokok setengah sen kepada 8.5 sen dan WCT jatuh enam sen kepada RM1.55.

Pendorong kenaikan indeks utama, Sime Darby meningkat 10 sen kepada RM5.20, Maybank mengukuh 15 sen kepada RM5.30, MISC Bhd melonjak 20 sen to RM8.65 dan Public Bank menambah lima sen kepada RM8.75. Tenaga Nasional, yang berura-ura membeli 40 peratus kepentingan dalam Kapar Energy Ventures Sdn Bhd daripada Malakoff Bhd, ditutup 25 lebih tinggi pada RM6.30. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 206.814 juta saham bernilai RM389.388 juta berbanding 129.827 juta saham bernilai RM146.230 juta Jumaat lalu.

Di Papan Kedua jumlah dagangan bertambah kepada 24.217 juta saham bernilai RM7.549 juta berbanding 18.364 juta saham bernilai RM6.46 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq menyaksikan lonjakan jumlah dagangan kepada 14.824 juta saham bernilai RM3.729 juta daripada 6.748 juta saham bernilai RM2.773 juta.

Waran mengecil jumlahnya kepada 14.920 juta saham bernilai RM1.322 juta daripada 25.972 juta saham bernilai RM853,217. Sektor barangan pengguna menguasai 4.842 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 35.996 juta, pembinaan 20.493 juta, perdagangan/perkhidmatan 74.534 juta, teknologi 7.770 juta, prasarana 8.685 juta, kewangan 14.888 juta, hotel 6.438 juta, harta 18.969 juta, perladangan 13.287 juta, perlombongan 7,600, REIT 903,500 dan dana tertutup 2,100. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers