PUTRAJAYA 6 Ogos - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memohon peruntukan kira-kira RM104 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sebagai geran latihan kepada Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bumiputera.
Timbalan Menterinya, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, permohonan itu merupakan pertambahan dua kali ganda berbanding yang diluluskan kerajaan kepada ILKS bumiputera di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, sebelum ini, peruntukan berjumlah RM52.4 juta berbentuk geran latihan telah disalurkan kepada lima buah ILKS bumiputera perintis di bawah skim ini untuk membiayai 4,000 belia bumiputera.
"Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk melonjakkan keupayaan ILKS bumiputera sebagai pelengkap kepada sistem latihan kemahiran teknikal dan vokasional negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Usahawan Terampil (Utra) anjuran bersama Institut Skill-Tech (Skill-Tech), AIMI Hair & Beauty Academy (AIMI) dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) di sini hari ini.
Jacob berkata, lima ILKS bumiputera yang menerima peruntukan geran di bawah RMK-9 ialah Skill-Tech, AIMI, Kolej Negeri, Institut Teknologi Perak dan MEA Technology Centre.
"Kita meminta peruntukan kepada ILKS bumiputera ditambahkan supaya lebih ramai belia dapat menyertai kursus yang diadakan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, usahawan tempatan perlu membaiki kualiti dan jenama produk untuk memudahkan mereka menembusi pasaran antarabangsa.
"Industri makanan termasuk yang berkaitan buah-buahan mempunyai potensi eksport yang tinggi sekiranya usahawan berkenaan memperbaiki kualiti dan penjenamaan mereka.
"Untuk menembusi pasaran antarabangsa, produk kita perlu mencapai syarat kualiti yang tinggi seperti yang ditetapkan oleh negara pengimport," katanya.
August 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com