August 6, 2009

Isu ICT, pelancongan jadi tumpuan

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Isu utama dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perkhidmatan jalur lebar termasuk kadar penembusan yang rendah, dijangka menjadi tumpuan dalam bajet 2010 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata, menyedari faedah yang besar kepada ekonomi, kerajaan secara aktif akan terus menggalakkan pembangunan industri ICT di negara ini.Beliau berkata, sehingga Mac tahun ini hanya 30 peratus kediaman yang melanggan perkhidmatan jalur lebar.

Kadar itu jauh lebih rendah berbanding Singapura yang memiliki kadar penembusan sebanyak 109.5 peratus, Hong Kong 78.6 peratus dan Korea Selatan 95 peratus.
''Dengan kadar yang rendah ini pelbagai isu perlu ditangani termasuk pemilikan komputer peribadi lebih rendah, kekurangan kandungan tempatan, mengurangkan jurang digital, pengambilan teknologi hijau termasuk isu-isu keselamatan rangkaian,'' katanya dalam kenyataan sempena perbincangan kumpulan tumpuan Bajet 2010.

Beliau berkata, kerajaan berusaha untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di kalangan rakyat negara ini lebih tinggi.

Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diperkenalkan pada tahun lalu termasuk pengurangan cukai majikan yang menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurangan dua kali ganda kepada majikan yang menaja kakitangan melanjutkan pengajian pasca siswazah dalam ICT.

Chee Heung berkata, dalam menyediakan liputan lebih baik dan akses yang cepat, kerajaan bertindak menjalinkan kerjasama dengan Telekom Malaysia untuk meluaskan infrastruktur Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Kemudahan itu akan dibangunkan dengan kos sebanyak RM11.3 bilion dalam tempoh 10 tahun dan RM400 juta diperuntukan di bawah pelan rangsangan ekonomi pertama untuk mempercepatkan HSBB.

Sementara itu, Chee Heung berkata, kerajaan juga merancang menubuhkan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia tidak lama lagi sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai pusat penjagaan kesihatan di rantau ini.

Menurut beliau, usaha itu bertujuan meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan kesihatan sebagai satu segmen pertumbuhan.
Di bawah kajian separuh penggal, kerajaan menyasarkan pendapatan pelancongan kesihatan meningkat kepada RM1 bilion manakala pelancongan pendidikan RM2 bilion.

Selain itu, beliau menambah, tumpuan kepada sektor pertanian diteruskan kerana ia kekal sebagai pendapatan eksport penting negara.
Chee Heung berkata, industri berasaskan pertanian perlu disokong bagi menjamin bekalan makanan serta meningkatkan pendapatan penduduk kawasan pedalaman.

''Peranan sektor pertanian telahpun dikenalpasti dalam membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan. Tiga dasar pertanian kebangsaan dirangka untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.

Chee Heung berkata, negara telah mengalami peningkatan dalam jumlah import makanan ekoran pengeluaran domestiknya yang rendah.

''Jumlah itu meningkat kepada RM27.9 bilion pada tahun lalu berbanding RM2.9 bilion pada 1986. Defisit perdagangan makanan telah meningkat kepada RM10 bilion pada tahun lalu.
''Selain itu, kenaikan harga makanan akan memberikan kesan kepada inflasi,'' tambah beliau

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers