BANK Pembangunan Islam (IDB) menerusi Exim Bank Malaysia Bhd memperuntukkan dana khas AS$100 juta (RM354 juta) untuk membantu membiayai pengeksport dari negara ini mengeksport ke negara Pertubuhan Persida-ngan Islam (OIC).
Pengarah Serantaunya di Malaysia, Ahmed Sales Hariri, berkata peruntukan itu dibuat untuk menjayakan mandat yang digariskan di bawah Rangka Tindakan 10 tahun OIC, iaitu meningkatkan perdagangan antara OIC sebanyak 20 peratus menjelang 2015.
“Malaysia menjadi peserta utama dalam perdagangan antarabangsa, justeru adalah amat bersesuaian dana pembiayaan perdagangan khas dibentuk bagi mengutamakan potensi itu,” katanya dalam satu sesi temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama Pengurus Besar Islamic Corporation for the Insurance of Investment and Export Credit (ICIEC), Dr Abdel Rahman Taha dan Penolong Pengurus Besar Pemasaran (Asia dan Negara Komanwel Merdeka) International Islamic Trade Finance Corporation (ITFC), Abou MS Jallow.
Ahmed Sales berkata, ia juga adalah sejajar hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan di kalangan negara Asia Barat serta Afrika, justeru, mengurangkan kebergantungan kepada perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun yang kini dilanda kegawatan.
IDB mengunjurkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan OIC akan meningkat kepada AS$50 juta (RM177.381 juta) tahun ini berbanding antara AS$30 juta (RM106.43 juta) hingga AS$40 juta (RM141.91 juta) pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, Abou berkata, negara Islam umumnya kagum dengan pencapaian ekonomi Malaysia dan badan kewangan perdagangan itu akan terus berusaha untuk meningkatkan aktivitinya di negara ini. Katanya, tahun lalu, IDB menubuhkan ITFC sebagai sayap pembiayaan perdagangan bank pembangunan itu untuk menyedia pinjaman perdagangan berjumlah AS$3 bilion setahun kepada 56 negara anggota OIC.
Abdel Rahman pula berkata, sebahagian besar negara OIC kaya sumber asli, justeru membuka lebih banyak peluang kepada aktiviti perdagangan dan pelaburan.
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com