KUALA LUMPUR 2 Ogos - Malaysia perlu memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi jangka sederhana supaya menjadi lokasi yang lebih menarik kepada pelaburan modal di rantau ini, kata Ketua Ekonomi Allianz Group, Michael Heise.
Dari segi mengurus kitaran ekonomi, beliau berkata, Malaysia sudah melakukan perkara yang paling penting seperti mengurus dasar fiskal dan monetari, sedaya mungkin.
"Sebagai contoh, mungkin ada lagi ruang untuk mengurangkan kadar faedah, namun ia dilihat tidak memerlukan kesedaran, dan mungkin juga tidak berlaku sama sekali. Pengurusan permintaan sudah dilakukan.
"Apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana ekonomi, bagi meneruskan reformasi yang bersesuaian dalam merekodkan pertumbuhan jangka sederhana," katanya dalam temu bual.
Heise yang berada di sini baru-baru ini berkata, kerajaan wajar mengkaji perkara seperti infrastruktur, peningkatan kelayakan dan pendidikan.
"Pada pandangan saya, ia wajar berada dalam senarai tertinggi, dan mendapatkan modal asing menarik perlu dilakukan sekarang kerana dalam krisis ekonomi, banyak transaksi modal, pemindahan, hampir musnah," katanya.
Beliau berkata, pelaburan langsung asing masih berjalan, namun pergerakan modal jangka pendek sudah mencecah paras paling rendah dan ia merupakan alasan yang baik untuk menjadi tempat yang menarik bagi pelaburan modal dari negara lain, katanya.
Ini bermakna meluluskan syarat pelaburan, katanya.
Heise sebelum itu berkata, ekonomi Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kasar sebanyak 3.5 peratus pada 2010, berikutan peningkatan dalam aktiviti perniagaan dalam separuh kedua tahun ini.
Beliau berkata, aktiviti perniagaan bagi separuh kedua tahun ini akan dipacu oleh kestabilan dalam perdagangan dunia.
Mengenai Allianz, Heise berkata syarikat Jerman itu mempunyai kehadiran yang kukuh di negara ASEAN, terutama Malaysia.
Beliau berkata, lawatan itu bertujuan mengakses situasi pasaran serta mengkaji peluang-peluang pertumbuhan masa depan syarikat.
Ditanya mengenai pertumbuhan pasaran Asia, Heise berkata, Allianz sudah menerbitkan laporan dan analisis mengenai rantau Asia.
"Keputusan utama ialah Asia, sebagai rantau itu menstabilkan ekonomi dunia semasa kemelesetan global sekarang.
"Mengikut anggaran kami, Asia akan berkembang kira-kira 2.5 peratus. Ia berdasarkan pertumbuhan kukuh di beberapa negara besar Asia seperti China, India dan Indonesia," katanya.
Negara lain yang mempunyai pergantungan tinggi ke atas eksport, terjejas akibat kemelesetan ekonomi, kata Heise.
"Oleh itu pertumbuhan akan mencatatkan paras negatif di beberapa negara seperti Malaysia atau Thailand, namun keseluruhannya, ekonomi Asia semakin berkembang dan menstabilkan ekonomi dunia dan ia juga merupakan prospeks pertumbuhan yang baik sebaik kemelesetan ini berakhir," katanya. - BERNAMA
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com