August 11, 2009

Bon Emas pertingkat pasaran modal

SEMUA bon serta sukuk yang diterbitkan Malaysia dalam mata wang asing akan dikenali sebagai “bon Emas” bertujuan meningkatkan lagi pendedahan pasaran modal negara pada peringkat antarabangsa.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata sekarang adalah sesuai bagi Malaysia memperkenalkan cadangan jenama bagi bon dan sukuk yang diterbitkan di negara ini. “Ia (jenama bon) adalah perkara lazim di seluruh dunia. Sebagai contoh bon Maple adalah bon terbitan Kanada; bon Kangaroo oleh Australia, manakala bon Samurai dan Shogun oleh Jepun.

“Kami fikir Malaysia sudah mencapai peringkat matang dalam pembangunan pasaran bon dan sukuk. Justeru, kami berhasrat untuk meningkatkan pendedahan pasaran Malaysia,” katanya di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan plak kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican sempena penerbitan bon dan sukuk Emas dalam nilai dolar Amerika syarikat (AS) oleh syarikat minyak negara itu.

Zeti menegaskan, nama Emas dipilih kerana melambangkan nilai dan keselamatan sejagat, justeru diharap dapat merancakkan aktiviti pengumpulan modal oleh pelabur asing dan tempatan.

Pada masa sama, katanya, Bank Negara sentiasa mencadangkan supaya kerajaan menjual bon global baru. “Kami sentiasa mencadangkan kepada kerajaan untuk memasuki pasaran. Namun, keputusan berkenaan bergantung kepada kerajaan. Ia juga adalah berdasarkan kecekapan kos dan pelbagai keperluan lain yang perlu dipatuhi,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers