SEBANYAK 75,645 projek yang bernilai RM12.1 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi sudah ditawarkan dan sedang dilaksanakan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 49,421 projek bernilai RM5.7 bilion adalah di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama, manakala 26,224 projek bernilai RM6.4 bilion di bawah pakej kedua.
Sebagai usaha mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam berdepan persekitaran mencabar susulan krisis ekonomi dunia, kerajaan pada November lalu mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM7 bilion.
Bagaimanapun, berikutan bertambah seriusnya krisis ekonomi dunia itu, Mac tahun ini kerajaan mengumumkan pakej kedua membabitkan peruntukan RM60 bilion untuk perbelanjaan tahun ini dan tahun depan.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Percukaian Nasional anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur, semalam, Ahmad Husni turut menegaskan bahawa kerajaan setakat ini, belum lagi menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun depan, tetapi menjangkakan ia akan mencatatkan pertumbuhan positif berbanding penguncupan yang dijangkakan tahun ini.
Beliau berkata, setakat ini unjuran kerajaan adalah berdasarkan apa yang dibuat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengunjurkan ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan positif tahun depan sejajar dengan pemulihan ekonomi global.
“IMF dalam unjuran awalnya yang dibuat pada April lalu menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang 1.3 peratus tahun depan. “Unjuran terbarunya yang dibuat pada Julai pula menyatakan ekonomi Malaysia tahun depan akan berkembang lebih baik pada kadar 2.5 peratus,” katanya. Ahmad Husni berkata, dalam membuat unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun depan, kerajaan mengambil kira laporan terkini IMF.
Bagi tahun ini, Ahmad Husni berkata, berdasarkan unjuran dibuat IMF April lalu, KDNK Malaysia diunjurkan menguncup 3.5 peratus, manakala unjuran terbaru badan kewangan global itu bulan lalu pula menyatakan ekonomi negara akan menguncup kepada 4.5 peratus.
“Ia (unjuran IMF itu) masih dalam jajaran unjuran kita, iaitu penguncupan antara empat hingga lima peratus,” katanya. Sementara itu, Ahmad Husni berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan defisit belanjawannya bagi tahun depan, tetapi ia tidak akan membabitkan pengurangan dalam projek pembangunan. “Tidak (mengurangkan projek pembangunan).
Kita sebaliknya akan mengurangkan perbelanjaan operasi ke arah mengurangkan belanjawan defisit,” katanya.
August 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com