Firma penyelidikan terbesar dunia kagumi peningkatan KLCI
STANDARD & POOR'S (S&P) Equity Research, firma penyelidikan ekuiti terbesar dunia, kini lebih yakin dengan pasaran saham tempatan, disokong oleh petunjuk bahawa tempoh sukar sektor bahan binaan dan hartanah di negara ini sudah berakhir.
Naib Presiden Asianya, Lorraine Tan, berkata Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 10 peratus pada November tahun lalu hingga April tahun ini.
"Kenaikan itu bukan sesuatu yang luar biasa, terutama selepas kejatuhan mendadak dan jika mengambil kira hanya dua kali saja sejak Januari 1974 apabila KLCI mengalami kejatuhan lebih 20 peratus dalam tempoh enam bulan dengan diikuti satu lagi kejatuhan dalam tempoh enam bulan selepas itu," katanya dalam penerbitan firma penyelidikan itu baru-baru ini.
Tan berkata, menyokong lagi arah aliran bulis itu ialah peralihan kuasa yang lancar pada awal April antara Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, diikuti pula pelantikan barisan Kabinet yang dilihat membawa lebih banyak perubahan.
Beliau berkata, kerajaan di bawah Perdana Menteri baru itu akan turut memberi fokus ke atas isu ekonomi dan merangsang pertumbuhan domestik.
Berdasarkan faktor berkenaan, firma penyelidikan itu baru-baru ini meningkatkan lagi tinjauannya kepada cadangan 'beli' bagi syarikat utiliti Tenaga Nasional, syarikat insurans LPI Capital (belian kukuh) dan C I Holdings (beli).
Tan berkata, faktor penyokong utama ialah tunai yang dimiliki dan apabila perangkaan ekonomi bertambah baik, selera bagi mengambil risiko terus meningkat.
Sementara itu, KLCI melonjak semula semalam untuk ditutup di atas paras 990 mata selepas mengalami kejatuhan tiga hari berturut-turut sejak Isnin.
Penanda aras utama bursa tempatan itu meningkat 23.28 mata untuk ditutup pada 990.74 mata, didorong peningkatan saham syarikat hartanah, pembinaan dan perladangan.
Ia merekodkan paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan Jumaat minggu lalu apabila ditutup pada 992.68 mata, sebelum terjejas oleh laporan kemunculan wabak selesema babi di Mexico.
Bagaimanapun, keadaan itu yang dilaporkan terkawal menyebabkan pelabur global kembali membuat belian.
Turut merangsang peningkatan bursa saham tempatan semalam adalah kenaikan pasaran saham New York selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kemelesetan ekonomi negara itu mulai pulih.
Bank pusat AS itu berkata, ia berlaku susulan kesan positif daripada pelaksanaan pakej rangsangan berjumlah AS$1.5 trilion.
Di dalam negara, langkah Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR), penanda aras pinjaman asas pada paras 2.0 peratus turut menambah keyakinan bahawa ekonomi negara akan bertambah baik.
May 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com