May 7, 2009

Harga saham ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen yang bertambah baik dengan minat kukuh dilihat terutamanya dalam saham berkaitan kewangan, kata peniaga.

Pada jam 5.02 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 15.09 mata atau 1.49 peratus untuk ditutup kepada 1,023.96, dirangsang daripada kenaikan terutamanya dalam saham Maybank dan Bumiputra-Commerce. Indeks utama dibuka 0.22 mata lebih rendah kepada 1,008.65 pagi ini. KLCI bergerak antara 1,001.79 dan 1,025.05.

Indeks Kewangan meningkat 239.73 mata untuk ditutup kepada 8,017.77, Indeks Perladangan naik 20.47 mata kepada 5,062.46 manakala Indeks Perusahaan menambah 9.38 mata kepada 2,281.11.

Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas menokok 127.70 mata kepada 6,811.43, FBM30 meningkat 109.51 mata kepada 6,554.92, FBM2BRD menambah 113.92 mata kepada 4,429.19 dan FBM-MDQ naik 153.22 mata kepada 3,697.78. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 666 berbanding 106 manakala 152 kaunter tidak berubah, 311 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Keseluruhan jumlah dagangan meningkat kepada 2.506 bilion saham bernilai RM2.064 bilion daripada 1.896 bilion saham bernilai RM1.805 bilion semalam. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers