HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur apabila pelabur mengambil untung selepas kenaikan harga baru-baru ini. Peniaga berkata, hingga penutup semalam, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 0.49 mata untuk ditutup pada 1,008.87, selepas diheret ke bawah oleh jualan besar-besaran didahului oleh Plus Expressways Bhd. Indeks utama dibuka meningkat 10.77 mata kepada 1,020.13 pada pagi semalam.
Sepanjang urus niaga semalam, KLCI bergerak antara 1,001.37 mata dan 1,021.55 mata. Ketika ditutup, Indeks Kewangan meningkat 49.2 mata kepada 7,778.04, Indeks Perladangan turun 18.16 mata kepada 5,041.99 dan Indeks Perusahaan turun 5.91 mata kepada 2,271.73. Di kalangan siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas turun 0.68 mata kepada 6,683.73, FBM30 turun 22.37 mata kepada 6,445.41, FBM2BRD turun 10.86 mata kepada 4,315.27 dan FBM-MDQ turun 29.06 mata kepada 3,543.96.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 335 kepada 303, manakala 252 kaunter tidak berubah, 348 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Jumlah urus niaga keseluruhan meningkat kepada 1.896 bilion saham bernilai RM1.805 bilion berbanding dengan 1.748 bilion saham bernilai RM1.619 bilion kelmarin.
Mendahului senarai aktif, KNM meningkat kepada 4.0 sen kepada 68.5 sen, Poh Kong turun 4.0 sen kepada 41.5 sen dan Talam Corp tidak berubah pada harga 10.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 5.0 sen kepada RM6.65, Tenaga tidak berubah pada harga RM7.35, Maybank meningkat 12 sen kepada RM4.58 dan Bumiputra-Commerce turun 10 sen kepada RM8.45. Jumlah urus niaga Papan Utama dicatatkan tinggi sebanyak 1.728 bilion saham bernilai RM1.776 bilion daripada 1.434 bilion saham bernilai RM1.540 bilion kelmarin.
Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 57.928 juta saham bernilai RM14.024 juta berbanding dengan 166.294 juta saham bernilai RM60.538 juta sebelum ini. Jumlah urus niaga di Pasaran Mesdaq turun kepada 62.524 juta saham bernilai RM8.394 juta berbanding dengan 108.581 juta saham bernilai RM12.555 juta kelmarin.
Waran meningkat kepada 44.670 juta bernilai RM6.336 juta berbanding dengan 35.956 juta bernilai RM4.665 juta sebelum ini. Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 151.134 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 476.070 juta, pembinaan 208.641 juta, niaga/perkhidmatan 409.843 juta, teknologi 12.089 juta, prasarana 36.134 juta, kewangan 159.427 juta, hotel 4.881 juta, hartanah 212.804 juta, perladangan 55.217 juta, perlombongan 17,900, REIT 2.35 juta dan tertutup/dana 67,000.
May 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com