Pelabur perlu waspada kerana wabak Influenza A belum berakhir
HARGA saham di Bursa Malaysia berpotensi untuk melonjak minggu ini, namun pelabur disaran berwaspada susulan sentimen negatif ekoran wabak H1N1 yang belum berakhir.
Minggu lalu, saham di Bursa Malaysia yang terjejas penurunan ekoran aktiviti jualan secara besar-besaran yang dicetus oleh ancaman wabak Influenza A.
Bagaimanapun, ia kembali pulih menjelang akhir minggu ekoran sikap optimis pelabur mengenai pemulihan ekonomi dan laporan prestasi kewangan suku pertama firma Amerika Syarikat dan serantau yang mengatasi jangkaan.
Secara keseluruhannya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 1.94 mata atau 0.2 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 990.74, mengehadkan kenaikan enam minggu berturut-turut.
Purata dagangan dan nilai harian meningkat masing-masing kepada 1.59 bilion bernilai RM1.36 bilion, lebih tinggi berbanding masing-masing 1.28 bilion dan RM1.16 bilion minggu sebelumnya.
Awal minggu lalu juga, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pendekatan positif menerusi langkah liberalisasi sektor kewangan, pasaran ternyata kecewa apabila pegangan ekuiti asing dalam bank komersial dalam bank komersial tempatan kekal dihadkan pada 30 peratus dan sektor perbankan negara tidak dibuka sepenuhnya seperti Singapura dan Thailand.
Langkah menaikkan had pegangan asing hingga 70 peratus dalam institusi kewangan lain dan penerbitan sembilan lesen bank baru, mewujudkan persaingan sihat dan pengukuhan sinergi di kalangan sektor kewangan tempatan jangka panjang.
Menepati jangkaan minggu lalu juga adalah pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.0 peratus seperti digambarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia sebelum ini. Bank pusat itu juga memberi amaran berlaku penguncupan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama tahun ini.
Pada masa sama, berita mengenai wabak Influenza A di Mexico dan ia sedang pantas merebak ke seluruh dunia, memberi kesan negatif pasaran minggu lalu.
Bagaimanapun, menjelang hujung minggu, pasaran mengabaikan aliran berita negatif dan KLCI pulih untuk ditutup lebih tinggi susulan harapan bahawa kesan terburuk kegawatan sudah berakhir, sejajar peningkatan keyakinan pelabur di bursa utama global lain.
Dalam negara, antara perangsang keyakinan adalah penurunan petunjuk utama semakin kecil kepada 0.7 peratus pada Februari, manakala pertumbuhan pinjaman dalam sistem perbankan kekal kukuh 10.9 peratus pada Mac.
Angka itu menggambarkan pengembang kredit yang sihat dan kecairan dalam sistem kewangan yang kekal mencukupi bagi menyokong permintaan pembiayaan bagi sektor swasta dan awam.
Minggu ini, pengumuman mengenai rangka kerja perundangan baru berhubung penyenaraian dan penjanaan dana ekuiti bagi syarikat tersenarai menerusi penyatuan papan dagangan dan pasaran Mesdaq dijangka memberi kesan kepada pasaran.
Maklum balas awal mungkin negatif khususnya daripada pemegang saham minoriti jika syarikat dibenarkan menggandakan had penerbitan saham baru sehingga 20 peratus tidak berdasarkan pro-rata.
Ancaman utama pasaran saham tempatan dalam tempoh jangka sederhana adalah wabak H1N1 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia menaikkan tahap amaran kepada enam daripada lima, justeru, mampu mencetus penurunan yang boleh menyebabkan pembetulan pasaran antara 10 peratus dan 15 peratus.
May 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com