SAHAM di Bursa Malaysia mengalami pembetulan pengambilan untung minggu lalu. Ia disemarakkan lagi oleh pasaran luaran yang membetulkan angka ekonomi lebih lemah daripada jangkaan dari Amerika Syarikat (AS), manakala dalam negara pula, ketidaktentuan politik membabitkan kerajaan Perak menyebabkan pelabur berhati-hati. Berita mangsa H1N1 pertama di Malaysia Jumaat lalu turut memberikan sedikit impak kepada pasaran.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 12.57 mata atau 1.2 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,014.21, dengan lebih daripada separuh kerugian disumbangkan oleh Axiata (-2.3 mata indeks), Genting (-1.75), Tenaga (-1.57) dan Maybank (-1.28).
Jumlah purata dagangan harian meningkat kepada 2.8 bilion saham bernilai RM1.94 juta, berbanding 2.55 bilion saham bernilai RM1.97 bilion minggu sebelumnya. Prestasi syarikat minyak dan gas sejak dua bulan lalu adalah baik berikutan harga saham dan harga-kepada-pendapatan berganda, yang mana hampir semua peserta huluan, meningkat lebih sekali ganda dengan kenaikan harga minyak mentah yang mencecah AS$60 setong awal minggu lalu.
Bagaimanapun, kegiatan mengambil untung berleluasa Jumaat lalu berikutan harga minyak mentah kembali susut ke paras A$57 sungguhpun laporan Jabatan Tenaga AS menunjukkan bekalan minyak mentah negara itu susut buat kali pertama dalam 10 minggu.
Pembetulan harga ini disebabkan terutama oleh kelemahan tidak dijangka dalam jualan runcit AS bagi April dan peningkatan secara mengejut dalam bekalan minyak OPEC yang melebihi sasaran 967,000 tong sehari. Semua tertumpu kepada langkah OPEC berikutnya apabila ia bermesyuarat pada 28 Mei ini. Pertubuhan itu mensasar harga minyak AS$75 setong pada awal 2010.
Pasaran dijangka mengalami pembetulan lanjut berikutan pelabur mengambil masa untuk mencerna impak kes jangkitan Influenza A di Malaysia, manakala menunggu data ekonomi utama dikeluarkan.
Dari aspek teknikal, bulan spot Mei kontrak hadapan KLCI diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd kehilangan 22 mata atau 2.1 peratus untuk ditutup pada 1,010, bertentangan daripada diskaun 4.2 mata kepada indeks tunai, berbanding premium 5.2 mata minggu sebelumnya.
Pengambilan untung pada posisi panjang dan minat belian pendek yang diperbaharui mendesak kontrak mencatat diskaun untuk empat daripada lima hari dagangan. Penunjuk harian stochastics bagi KLCI jatuh ke bahagian terlebih jualan, tetapi penunjuk mingguan memberi isyarat jual bagi mencadangkan pembetulan lanjut.
Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14 hari pada neutral dengan bacaan 67.62, manakala RSI 14 minggu pula susut kepada 62.58. Isyarat jual dicetuskan MACD pada Khamis, tetapi MACD mingguan menunjukkan ia akan melepasi paras sifar.
Kesimpulannya, kecuali penunjuk stochastics mingguan perlahan dan MACD bagi KLCI yang mencetuskan isyarat jual minggu lalu, penunjuk momentum teknikal lain masih mesra untuk mencadangkan aliran kenaikan semasa kekal kukuh.
Tambahan lagi, situasi terlebih jual pada stochastics harian perlahan mencadangkan potensi pantulan teknikal minggu ini. Penunjuk aliran jangka panjang juga mengukuhkan potensi ke-naikan. Sektor pembinaan, minyak dan gas dan keluli berkemungkinan melantun sejurus mencerna daripada kemuncak jumlah dagangan tinggi dineutralkan oleh pengambilan untung.
Bagi KLCI, formasi sokongan ialah pada 995 (50 peratus) dan 985 (61.8 peratus). Sokongan lebih padu ialah pada SMA 30-hari (975) dan SMA 200-hari (949). Halangan semerta dilihat pada 1,020, diikuti pada 1,027 dan seterusnya 1,037.81.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com