SEPULUH negara Asean yang disertai China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju mewujudkan skim penyatuan mata wang bagi tujuan kecemasan berjumlah AS$120 bilion (RM434 bilion) bagi meningkatkan mudah tunai dan membantu rantau ini menangani krisis global.
Menteri Kewangan negara Asean berserta China, Jepun dan Korea Selatan mengumumkan persetujuan itu sempena mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Indonesia. “Kami dengan sukacitanya mengumumkan mencapai persetujuan bagi semua komponen utama CMIM (Inisiatif Chiang Mai) dan memutuskan melaksanakan skim itu sebelum akhir tahun ini,” kata menteri kewangan negara berkenaan dalam kenyataan bersama.
Jepun dan China akan menyumbang sebanyak AS$38.4 bilion ke dalam skim itu, termasuk sumbangan AS$4.2 bilion dari Hong Kong. Korea Selatan pula adalah penyumbang kedua terbesar berjumlah AS$19.2 bilion.
Penyumbang terbesar di kalangan negara Asean adalah Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia, yang setiap negara bersetuju menyumbang AS$4.77 bilion. Menteri kewangan berkenaan menjelaskan, skim itu bertujuan ‘melengkapi’ skim sedia ada yang sudah diwujudkan badan kewangan antarabangsa lain berikutan kebimbangan beberapa pihak yang menyatakan skim itu diwujudkan untuk menggagalkan usaha Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Negara anggota Asean dipaksa melaksanakan pemulihan ekonomi yang kurang disenangi sebagai balasan kepada bantuan besar-besaran IMF selepas Asia dilanda krisis pada 1997-1998, membawa kepada kewujudan dana krisis serantau.
Bagaimanapun, menteri kewangan itu menolak andaian yang menyatakan mereka memandang sepi peranan IMF dan sekutunya, Bank Dunia, sambil menyatakan langkah terbaru itu hanya bersifat ‘semula jadi’ ke arah merapatkan lagi kerjasama ekonomi serantau.
Pengarah Urusan ADB, Rajat Nag, berkata skim itu ‘adalah benar-benar untuk melengkapi’ skim IMF. Beliau berkata, institusi Bretton Woods itu tidak dalam kedudukan berbahaya sehingga menyebabkannya hilang tempat sebagai pemerhati ekonomi dunia.
“Kami melihat perkara ini sebagai langkah yang dialu-alukan bagi membantu krisis kewangan semasa,” katanya pada mesyuarat ADB di pusat peranginan Nusa Dua, Bali. “Menteri kewangan Asean berserta tiga negara itu tidak langsung melihat perkara ini sebagai usaha menggantikan IMF,” katanya. - AFP
May 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com